Utusan Borneo (Sarawak)

Mekanik bakar teman wanita cemburu buta Mangsa berusia 24 tahun melecur hampir 60 peratus di beberapa bahagian badan: KP

-

KLANG: Akibat tidak tahan dengan sikap cemburu teman wanita, seorang mekanik kereta sanggup memukul dan membakar pasanganny­a itu hiduphidup dalam kejadian di sebuah rumah di Taman Andalas di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Shamsul Amar Ramli berkata, mangsa yang berusia 24 tahun melecur hampir 60 peratus di beberapa bahagian badan dalam

Kejadian itu bermula apabila pasangan kekasih tersebut bertengkar di bilik tidur rumah suspek kerana mangsa mengesyaki teman lelakinya berusia 24 tahun itu mempunyai hubungan dengan wanita lain.

kejadian kira- kira jam 10 pagi itu. “Kejadian itu bermula apabila pasangan kekasih tersebut bertengkar di bilik tidur rumah suspek kerana mangsa mengesyaki teman lelakinya berusia 24 tahun itu mempunyai hubungan dengan wanita lain.

Pertengkar­an tersebut berlarutan sehingga mangsa dipukul di bahagian badannya menggunaka­n getah paip sebelum suspek bertindak menyimbah petrol dan menyalakan api menyebabka­n mangsa terbakar,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Shamsul berkata kejadian itu turut disedari bapa lelaki terbabit yang pada waktu itu sedang tidur bersebelah­an bilik suspek apabila beliau terhidu bau asap sebelum menemui mangsa.

Beliau berkata selain mangsa, suspek turut mengalami kecederaan apabila tangannya disambar api ketika membakar teman wanitanya.

“Pasangan terbabit kemu- diannya dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang oleh bapa suspek untuk menerima rawatan.

Susulan kejadian itu, ibu mangsa membuat laporan polis dan suspek telah ditahan di hospital pada hari yang sama (kelmarin),” katanya.

Suspek kini direman selama tujuh hari bermula semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh. — Bernama

ACP Shamsul Amar Ramli Ketua Polis Daerah Klang Selatan

 ??  ?? DITANGKAP: Ular sepanjang tiga meter berjaya ditangkap anggota APM.
DITANGKAP: Ular sepanjang tiga meter berjaya ditangkap anggota APM.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia