Utusan Borneo (Sarawak)

Jho Low, Nik Faisal mesti hadir bantu siasatan SPRM

-

KUALA LUMPUR: Low Taek Jho atau Jho Low dan Pengarah SRC Internatio­nal Sdn Bhd (SRC Internatio­nal) Nik Faisal Ariff Kamil Nik Othman Arif Kamil bakal berhadapan tindakan undang- undang jika mereka gagal hadir membantu siasatan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Timbalan Ketua Pesuruhjay­a (Operasi) SPRM Datuk Seri Azam Baki berkata tiada alasan untuk mereka tidak hadir membantu siasatan kes berkaitan SRC Internatio­nal.

“Saya tidak mahu mengulas tentang tindakan apa yang akan dikenakan terhadap kedua-dua mereka (Jho Low dan Nik Faisal sekiranya tidak hadir), apa yang saya tahu mereka mesti hadir tanpa memberi sebarang alasan.

“Oleh itu, SPRM menggesa mereka untuk hadir membantu siasatan kes berkenaan,” katanya kepada Bernama semalam.

Kelmarin, SPRM mengeluark­an kenyataan bahawa kedua- dua mereka dikehendak­i hadir dan diminta tampil segera menghubung­i SPRM bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Nik Faisal Ariff Kamil, 47, yang memiliki kad pengenalan bernombor 71030410-6303 mempunyai alamat terakhir di No 17, Jalan Tun Teja 35/16, Alam Impian, Shah Alam, Selangor dan No 19, Jalan Tun Teja 35/16, Alam Impian, Shah Alam, Selangor.

Jho Low, 37, yang memiliki kad pengenalan bernombor 811104-07-5701 pula mempunyai alamat terakhir di 69, Tanjung Bungah Park, Tanjung Bungah, Pulau Pinang.

Sebelum ini, Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan mengumumka­n penubuhan Pasukan Petugas Siasatan 1MDB untuk menjalanka­n siasatan terperinci, pengesanan dan penyitaan aset serta pendakwaan terhadap individu yang melakukan apa-apa kesalahan jenayah dalam pengurusan 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB).

SRC Internatio­nal ialah anak syarikat 1MDB, sehingga ia diletakkan di bawah Kementeria­n Kewangan pada 2012. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia