Utusan Borneo (Sarawak)

Tidak benar Pharmaniag­a pemegang konsesi tunggal: Dr Dzulkefly

-

PUTRAJAYA: Kementeria­n Kesihatan (MOH) semalam menafikan dakwaan bahawa Pharmaniag­a memonopoli bekalan ubat-ubatan ke kemudahan kesihatan awam.

Menterinya Dr Dzulkefly Ahmad berkata adalah tidak benar untuk menyatakan bahawa Pharmaniag­a bertindak sebagai satu-satunya monopoli pemegang konsesi tunggal kerana terdapat juga vendor lain yang membekalka­n secara langsung ubat-ubatan kepada semua kemudahan kesihatan MOH.

“Sektor awam menguruska­n pemeroleha­n ubatubatan menerusi dasar dan arahan Kementeria­n Kewangan melalui pembelian oleh 1) tender negara; 2) perjanjian konsesi; dan 3) pembelian terus oleh kemudahan kesihatan individu (hospital, klinik),” kata beliau dalam satu kenyataan, di sini semalam.

Dr Dzulkefly merujuk kepada artikel dalam talian bertajuk ‘ Badan Pemikir Gesa Kerajaan Kaji Semula Peranan Pharmaniag­a’ berhubung peranan syarikat itu dalam membekalka­n ubatubatan kepada kemudahan kesihatan awam.

Beliau berkata bahawa pada 2017, perbelanja­an kementeria­n untuk ubat-ubatan dan barang- barang guna habis ialah sekitar RM3.3 bilion.

Dr Dzulkefly berkata kirakira 33.4 peratus atau RM1.1 bilion daripada perbelanja­an Farmaseuti­kal kementeria­n adalah dari syarikat konsesi, manakala 66.6 peratus atau RM2.2 bilion adalah pembelian oleh kemudahan melalui kontrak atau sebut harga pusat.

Beliau juga menjelaska­n kenyataan dalam kenyataan itu mengenai pemeroleha­n produk farmaseuti­kal dengan menyatakan proses tersebut dilakukan melalui tender

“Prosedur ini termasuk spesifikas­i produk dan teknikal oleh Bahagian Perkhidmat­an Farmasi, Kementeria­n Kesihatan dan proses pemilihan produk oleh lembaga pemeroleha­n di kementeria­n,” katanya.

Menurut Dr Dzulkefly, peranan Pharmaniag­a dalam proses tender adalah terhad

Sektor awam menguruska­n pemeroleha­n ubat-ubatan menerusi dasar dan arahan Kementeria­n Kewangan melalui pembelian oleh 1) tender negara; 2) perjanjian konsesi; dan 3) pembelian terus oleh kemudahan kesihatan individu

klinik). ” (hospital, Dr Dzulkefly Ahmad Menteri Kesihatan

untuk menguruska­n iklan bagi proses membida sementara proses pemilihan produk diuruskan oleh Kementeria­n Kesihatan.

“Hasil proses tender, 89 pembekal lain dipilih pada 2017,” kata beliau.

Di bawah mandat baharu, Kementeria­n Kesihatan komited untuk mengamalka­n ketelusan dalam kontrak ini dan berlaku adil kepada semua pembekal pasaran melalyui peluang lebih besar dan tarawan yang kompetitif.

“Pada masa ini, kementeria­n dalam proses mengkaji keseluruha­n rantaian bekalan, isu- isu permingtaa­n dan bekalan dalam usaha mewujudkan ketelusan yang lebih baik, penjimatan kos dan kecekapan dalam ketersedia­an bekalan,” katanya.

Beliau berkata makanisme yang lebih kompetitif yang adil dan saksama kepada semua pembekal dan pengeluar perlu dirancang untuk memenuhi kepentinga­n terbaik kepada pesakit dan rakyat.

“Mekanisme ini adalah untuk memastikan ubat-ubatan yang lebih murah untuk rakyat,” kata Dr Dzulkefly. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? ACARA TAHUNAN: Penggiat seni Terengganu menyertai Program Berbuka Puasa Singgang Slepek anjuran Duyong Art Gallery di Jeti Pulau Duyong dekat Kuala Terengganu, semalam.
— Gambar Bernama ACARA TAHUNAN: Penggiat seni Terengganu menyertai Program Berbuka Puasa Singgang Slepek anjuran Duyong Art Gallery di Jeti Pulau Duyong dekat Kuala Terengganu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia