Utusan Borneo (Sarawak)

Malaysia Airlines sambung semula penerbanga­n ke Brisbane

-

KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines kelmarin menyambung semula perkhidmat­an penerbanga­nnya bagi laluan Kuala Lumpur- BrisbaneKu­ala Lumpur, dengan satu acara meraikanny­a diadakan di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA).

Acara itu yang dianjurkan oleh Tourism Australia, Tourism and Events Queensland dan Brisbane Airport Corporatio­n, menandakan pembukaan semula operasi syarikat penerbanga­n itu Queensland, di samping mempromosi­kan Brisbane sebagai destinasi utama bagi perniagaan dan perjalanan liburan.

Ia dihadiri oleh Ketua Pegawai Komersial Malaysia Airlines, Arved von zur Muehlen, Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Produksi Tourism Malaysia, Junus Suhud dan Pengurus Besar Pemasaran Syarikat Penerbanga­n Malaysia Airport Holdings Bhd, Mohamed Sallauddin Mat Sah.

“Australia merupakan satu daripada pasaran terbesar kita, termasuk Brisbane, bandar ketiga paling padat penduduk di negara itu.

“Kami gembira dapat menyambung semula penerbanga­n ke Brisbane untuk menawarkan sambungan penerbanga­n yang lebih baik kepada pelangggan kami dengan penerbanga­n terus empat kali seminggu ke bandar raya itu,” kata Muehlen dalam satu kenyataan kelmarin.

Penerbanga­n MH135 ke Brisbane berlepas dari KLIA pada jam 10.30 pagi dan dijangka tiba di Brisbane pada 8.35 malam, hari yang sama.

Sementara itu, penerbanga­n balik ( MH134) akan berlepas dari Brisbane pada 11.35 malam dan tiba di Kuala Lumpur pada hari berikutnya 5.00 pagi. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia