Utusan Borneo (Sarawak)

Pemain nombor satu dunia itu buru final ke-4 pada kejohanan Grand Slam di Terbuka Perancis

-

PARIS, Perancis: Simona Halep menegaskan beliau berasa ‘tidak tertekan dan tiada jangkaan’ ketika beliau mahu memburu final keempat beliau pada satu kejohanan Grand Slam di Terbuka Perancis.

Pemain berusia 26 tahun dari Romania itu akan menentang juara di sini pada 2016 dan juara Wimbledon, Garbine Muguruza di separuh akhir.

Halep, yang juga pemain nombor satu dunia, muncul naib juara di sini pada 2014 apabila tewas kepada Maria Sharapova dan pada tahun lepas, di mana beliau tewas kepada Jelena Ostapenko.

Kekecewaan di Grand Slam berterusan di Terbuka Australia apabila tewas dalam tiga set di final kepada Caroline Wozniacki.

“Saya tidak mempunyai jangkaan, tiada tekanan,” kata Halep selepas menewaskan pilihan ke-12 dari Jerman, Angelique Kerber 6-7(2/7), 6-3 dan 6-2 pada perlawanan suku akhir Rabu lepas.

“Saya hanya mahu bermain seperti hari ini (Rabu) dan seperti setiap hari yang lain. Jika saya melakukann­ya, saya akan OK selepas perlawanan, tidak kira apa jua keputusann­ya.”

Rabu lepas, Halep kelihatan bermula hambar apabila ketinggala­n 0-4 pada set pertama sebelum bangkit pada dua set berikutnya untuk menewaskan Kerber, pemenang dua a kejohanan Grand Slam, am, yang tewas di pusingan perertama di sini ni dalam dua a t a h u n t e r a - khir.

I a j u g a s a t u p e r l a - w a n a n yang menenyaksi­kan n 99 kesilapan n mudah dilakukan.

Halep menyedari beliau tidak mampu memulakan permainan dengan hambar sekali lagi apabila menentang Muguruza, yang hanya diuji sekali pada kejohanan ini apabila d dipaksa bekerja- keras oleh Svetlana Kuznetsova di pusingan pertama. Muguruza, pilihan ketiga kejohanan, membelasah Maria Sharapova 6-2 dan 6-1 pada perlawanan suku akhir, sekali gus memberikan kekalahan terburuk jaguh dari Rusia itu pada kejohanan Grand Slam sejak lebih dari enam tahun.

Pemenang perlawanan di antara Halep dan Muguruza juga akan menentukan pemain nombor satu dunia dengan Muguruza pernah mendudukin­ya selama empat minggu pada tahun lepas.

“Ia tidak begitu penting kerana adalah lebih penting saya bermain dengan konsisten,” kata Muguruza, yang mempunyai rekod 3-1 me- nentang Halep tetapi Halep menang satu-satu pertemuan di permukaan tanah liat di Stuttgart pada 2015.

Sharapova, yang bermain di Terbuka Perancis buat kali pertama sejak 2015, mengalami kekalahan paling teruk sejak tewas 6-3 dan 6-0 kepada Victoria Azarenka di final Terbuka Australia pada 2012.

Ia juga kekalahan kelima beliau dalam 25 penampilan di suku akhir kejohanan Grand Slam.

Pada perlawanan separuh akhir yang lain, juara Terbuka Amerika (AS), Sloane Stephens, akan menentang rakan baiknya yang juga rakan senegara dari AS, Madison Keys.

Pada perlawanan bahagian lelaki, Rafael Nadal ketinggala­n 6-4 dan 5-3 menentang Diego Schwartzma­n dari Argentina sebelum hujan menangguhk­an permainan.

Nadal, pilihan pertama kejohanan dan memburu kejuaraan ke-11 beliau di sini, tewas set pertama beliau di sini sejak 2015. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? MARA M KE SEPARUH AKHIR: Halep membalas dengan pukulan ‘backhand’ ketika bersaing pada perlawanan suku akhir Terbuka Perancis menentang Kerber K di Paris, Perancis Rabu lepas.
— Gambar AFP MARA M KE SEPARUH AKHIR: Halep membalas dengan pukulan ‘backhand’ ketika bersaing pada perlawanan suku akhir Terbuka Perancis menentang Kerber K di Paris, Perancis Rabu lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia