Utusan Borneo (Sarawak)

United sahkan pembelian Dalot

-

LONDON, England: Pemain pertahanan antarabang­sa Portugal, Diogo Dalot, menjadi pembelian kedua Manchester United dalam tempoh dua hari selepas satu pengumuman pembelian bernilai 22 juta euro dari FC Porto disahkan Rabu lepas.

Dalot, 19, menandatan­gani kontrak “lima tahun, dengan pilihan satu tahun lagi”, kata United dalam satu kenataan.

Fred, pemain tengah antarabang­sa Brazil, menyertai United dan Shakhtar Donetsk untuk laporan 50 juta pound pada hari Selasa.

Walaupun hanya membuat penampilan senior bersama Porto pada bulan Februari, Dalot mencuri perhatian pen- gurus United, Jose Mourinho, yang pernah membimbing Porto, sebagai pemain pertahanan terbaik di Eropah pada usianya.

“Diogo adalah pemain pertahanan muda yang sangat berbakat dan memiliki kualiti yang diperlukan untuk menjadi seorang pemain yang hebat di kelab ini,” kata Mourinho.

“Beliau memiliki semua kriteria diperlukan sebagai pemain pertahanan: fizikal, kebijaksan­aan taktik dan kualiti teknikal, selain dari mentaliti akademi Porto yang membuat persediaan pemain dengan kematangan yang diperlukan di peringkat profesiona­l.

“Pada kumpulan usianya, beliau adalah pemain pertahanan terbaik di Eropah dan kita semua percaya beliau mempunyai masa depan yang cerah di Manchester United.”

Posisi terbaik Dalot ialah di pertahanan kanan, walaupun beliau ada juga bermain di pertahanan kiri termasuk ketika seri tanpa jaringan di Liverpool pada perlawanan kedua pusingan kedua Liga Juara-Juara pada bulan Mac lepas.

Pertahanan merupakan masalah utama untuk United, dengan Mourinho menggunaka­n pemain sayap, Ashley Young dan Antonio Valencia, di posisi pertahanan sayap sejak tahun lepas. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia