Utusan Borneo (Sarawak)

Katai Trading tawar pelbagai bunga serikan Aidilfitri

-

KUCHING: Katai Trading Company menawarkan bunga pelbagai warna dan saiz untuk memenuhi cita rasa individu bagi melengkapi skim warna rumah yang berlainan.

Sempena Hari Raya Aidilfitri ini, trend terbaharu di pasaran ialah bunga tiruan camelia dalam pelbagai warna, dengan kilauan yang menghiasi tepian setiap kelopak.

Bunga yang khusus ini telah menghiasi hampir kesemua gubahan bunga siap sedia yang ditawarkan di Katai.

Bunga itu juga dijual dalam jambak longgar.

Selain itu, satu lagi pilihan yang popular adalah orkid pelbagai warna dan saiz.

Jambak bunga longgar dijual pada harga RM2.90 hingga RM39.90 setiap satu manakala gubahan bunga siap sedia berharga antara RM29.90 hingga bawah RM300.

Semua barangan itu merupakan stok baharu.

Pelanggan juga boleh mendapatka­n gubahan bunga tersendiri sesuai dengan reka bentuk dalaman rumah.

Susunan bunga itu dapat juga dipamerkan sepanjang tahun dan bukan hanya pada musim perayaan sahaja.

Gubahan bunga juga boleh menjadi hadiah alternatif kepada hamper perayaan.

Mereka yang membeli gubahan bunga yang lebih besar akan mendapat penghantar­an percuma, dan untuk musim perayaan ini, waktu niaga dilanjutka­n dari jam 8.00 pagi hingga jam 9.00 malam setiap hari sehingga Khamis depan.

Sekarang juga masa yang baik untuk mendapatka­n bunga dan dekorasi rumah lain kerana GST sudah disifarkan dan harga sudah turun.

Kedai akan ditutup pada hari pertama dan kedua Hari Raya Aidilfitri.

Katai sudah menceburi perniagaan dekorasi rumah selama 35 tahun. Ia menawarkan pelbagai produk yang sesuai untuk pelbagai musim perayaan. Ia juga boleh menyediaka­n gerbang perkahwina­n menurut keperluan pelanggan.

Katai terletak di 322 dan 326, Bangunan Chan Bee Kiew, Jalan Padungan (dekat Restoran Lok Thian) dengan nombor hubungan 082336075.

Katai juga ada cawangan di Lebuh Khoo Hun Yeang dan bunga itu juga dijual di sana. Cawangan ini turut menawarkan aksesori perkahwina­n Melayu seperti bunga mangga, bunga telur dan ‘doorgift’ pada majlis perkahwina­n.

 ??  ??
 ??  ?? MENARIK: Trend terbaharu dalam bunga tiruan adalah bunga camelia pelbagai warna.
MENARIK: Trend terbaharu dalam bunga tiruan adalah bunga camelia pelbagai warna.
 ??  ?? KREATIF: Gubahan bunga siap sedia dalam pelbagai bentuk dan saiz.
KREATIF: Gubahan bunga siap sedia dalam pelbagai bentuk dan saiz.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia