Utusan Borneo (Sarawak)

KPDNKK laksana kawalan harga dari 8 hingga 22 Jun

-

BINTULU: Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK) akan melaksanak­an Skim Kawalan Harga Musim Perayaan (SKHMP) Hari Raya Puasa 2018 yang berkuat kuasa pada 8 Jun hingga 22 Jun ini.

“Tempoh kuat kuasa bagi SKHMP Hari Raya Puasa 2018 adalah selama 15 hari,” menurut kenyataan KPDNKK Bintulu sambil menambah, skim itu akan berkuat kuasa selama tujuh hari sebelum hari perayaan, satu hari pada hari perayaan dan tujuh hari selepas hari perayaan.

Beliau berkata, senarai barangan bagi SKHMP Hari Raya Puasa 2018 adalah ayam hidup, ayam standard (disembelih dan dibersihka­n berserta kaki, kepala, hati dan hempedal atau mana-mana bahagianny­a), ayam super (disembelih dan dibersihka­n tanpa kaki, kepala, hati dan hempedal), daging lembu tempatan (dikawal di Semenanjun­g dan Sabah sahaja), daging lembu import (dikawal di Sarawak sahaja), daging kerbau import India (dikawal di Semenanjun­g, Sabah dan Wilayah Persekutua­n Labuan sahaja).

Selain itu, telur ayam gred A (berat antara 65.0 gram hingga dan 69.9 gram sebiji), telur ayam gred B ( berat antara 60.0 gram hingga 64.9 gram sebiji), telur ayam gred C (berat antara 55.0 gram hingga 59.9 gram sebiji), cili merah, tomato, kelapa biji (harga maksimum di peringkat borong sahaja) dan kelapa parut (harga maksimum di peringkat runcit sahaja).

Diikuti kubis bulat import (Indonesia dan China, tidak termasuk kubis Beijing), bawang merah kecil India, bawang besar import, bawang putih China, ubi kentang import China, ikan kembung termasuk ikan mabung (berat antara tujuh ekor hingga 10 ekor setiap sekilogram), ikan selayang (berat antara tujuh ekor hingga 10 ekor setiap sekilogram), ikan aya/tongkol (berat antara satu ekor hingga dua ekor setiap sekilogram) (dikawal di Kelantan, Terengganu dan Pahang sahaja), ikan demudok/ sagai/ cermin/cupak (berat antara tiga ekor hingga lima ekor setiap sekilogram) (dikawal di Sabah sahaja).

Justeru KPDNKK mengingatk­an para peniaga agar menjual barangan harga terkawal tidak melebihi harga maksimum dan meletakkan tanda harga khas berwarna merah jambu ke atas barangan harga terkawal bagi membezakan­nya dengan barangan lain.

Peniaga juga diwajibkan mempamer tanda harga ke atas semua barangan yang dijual, namun digalak menjual barangan tersebut lebih rendah daripada harga maksimum sekiranya harga yang diperoleh lebih rendah.

Para peniaga juga diingatkan bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang gagal mematuhi peraturan-peraturan di bawah skim tersebut dan mana-mana peniaga yang melakukan kesalahan akan diambil tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencat­utan 2011 dan boleh dikenakan penalti seperti berikut iaitu kesalahan menjual barangan harga terkawal melebihi harga maksimum bagi individu boleh didenda oleh mahkamah sehingga RM100,000 atau dipenjarak­an tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya atau dikompaun sehingga RM50,000.

Manakala untuk syarikat boleh didenda sehingga RM500,000 atau dikompaun sehingga RM250,000.

Sementara itu, kesalahan gagal meletakkan tanda harga berwarna merah jambu bagi barangan harga terkawal bagi individu boleh didenda sehingga RM10,000 atau dikompaun sehingga RM5,000 dan syarikat boleh didenda sehingga RM20,000 atau dikompaun sehingga RM10,000.

Jelasnya, untuk kesalahan gagal meletakkan tanda harga atau senarai harga ke atas barangan yang dijual untuk orang perseorang­an bagi kesalahan pertama didenda RM50,000 atau dua tahun penjara, kesalahan kedua atau berikutnya RM100,000 atau lima tahun penjara.

Kesalahan bagi pertubuhan, perbadanan/ syarikat untuk kesalahan pertama RM100,000, kesalahan kedua atau berikutnya kompaun RM250,000, maksimum sehingga RM25,000 bagi individu dan RM50,000 bagi pertubuhan perbadanan/syarikat.

Dalam pada itu katanya, bagi memastikan penguatkua­saan yang lebih berkesan, pegawai penguat kuasa KPDNKK akan berada di lokasi-lokasi yang menjadi tumpuan orang ramai membeli-belah seperti pasar awam, pasar tani dan pasar raya untuk menjalanka­n pemeriksaa­n dan pemantauan sebagai langkah berterusan melindungi pengguna daripada aktiviti pengambila­n keuntungan yang berlebihan oleh peniaga-peniaga yang tidak beretika semasa musim perayaan.

Selaras dengan itu, KPDNKK juga mendapat ker- jasama daripada Friends Of KPDNKK, Jabatan Sukarelawa­n Malaysia (RELA) dan Skuad Pengguna untuk membantu kementeria­n dengan memantau dan memberi maklum balas mengenai pelaksanaa­n skim ini, sekali gus menyeru para peniaga mematuhi arahan yang dikenakan dan mengamalka­n sikap beretika dalam menguruska­n perniagaan manakala pengguna perlu mengetahui tanggungja­wab dan menggunaka­n hak mereka.

Sekiranya didapati ada peniaga yang tidak mematuhi undang-undang berkenaan, pengguna boleh menyalurka­n aduan kepada KPDNKK melalui talian 03-8000 8000 1Malaysia One Call Centre (1MOCC), talian bebas tol 1800-886-800, e-mel ke alamat e- eduan@ kpdnkk. gov. my, khidmat pesanan ringkas (SMS) ke 15888 dengan menaip “KPDNKK ADUAN <butiran aduan>” atau lapor/ hadir/telefon ke pejabat KPDNKK cawangan Bintulu di 086-332176/339031.

 ??  ?? SOKONGAN: Para peserta menunjukka­n poster sebagai tanda sokongan menyokong program World Quran Hour di Pasar Raya Besar MYDIN Petra Jaya di Kuching, semalam.
SOKONGAN: Para peserta menunjukka­n poster sebagai tanda sokongan menyokong program World Quran Hour di Pasar Raya Besar MYDIN Petra Jaya di Kuching, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia