Utusan Borneo (Sarawak)

Perpaduan rakyat Sarawak tidak tergugat provokasi

-

MIRI: Semangat perpaduan rakyat Sarawak tidak mudah tergugat oleh provokasi pihak tidak bertanggun­gjawab.

Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Lambir Ripin Lamat berkata, ini kerana wujudnya sikap saling menghormat­i, memahami dan membantu antara rakyat pelbagai kaum.

“Ia menguatkan lagi sentimen dan konsep perpaduan negara di mana tiada bangsa atau kaum yang dibeza-bezakan atau dilihat lebih tinggi kedudukann­ya daripada kaum lain,” jelas beliau dalam ucapan perasmian program ‘World #QuranHour’ di Pustaka Miri semalam yang disampaika­n wakilnya, Pengurus Wilayah Salina Zawawi.

Beliau memberitah­u, semangat ini terbukti dengan penyertaan rakyat dalam apaapa acara yang dianjurkan rakan berlainan bangsa, agama dan latar belakang.

Malahan, rakyat di negeri terbesar dalam Malaysia ini saling memberi sokongan antara satu sama lain.

R i p i n m e n a m b a h , keserasian amat bertepatan dengan tema program iaitu ‘ Dunia Berbudi dan Penyayang’.

Beliau berharap aktiviti akan diteruskan dalam usaha memastikan generasi baharu lancar mengaji dan mendalami kitab suci al-Quran.

Penganjura­n acara ini juga katanya, sedikit sebanyak menjadi pemangkin dan pencetus kepada lebih banyak inisiatif serupa pada masa akan datang, sekali gus wajar diteruskan menjadi acara tahunan serta diperluas.

“Kita mahu anak- anak kita mengamalka­n bacaan atau mengaji al-Quran bukan setakat untuk khatam sahaja tetapi diamalkan sentiasa serta memahami terjemahan dan mendalami inti patinya.”

T e r d a h u l u , S a l i n a memberitah­u, program dimulakan dengan gerakan #QuranHour bermula 2015 di bawah Warisan Ummah Ikhlas Foundation (WUIF) berobjekti­f al-Quran sebagai permulaan melakukan perubahan minda.

Perubahan minda melalui QTT ( Quran, Tadabbur, Tazakkur), mengambil nilai-nilai daripada al-Quran sehingga lahir akhlak sebagai Muslim sejati.

Beberapa tahun lalu, program berkonsep sama iaitu Malaysia Ngaji telah dimulakan pada 2015 dan pergi ke peringkat global dengan World #QuranHour.

Objektif # QuranHour adalah membina budaya membaca kitab suci alQuran, meningkatk­an k e s e d a r a n t e r h a d a p penghayata­n al-Quran serta membina masyarakat Islam yang berbudaya ilmu dan mengamalka­n pembelajar­an sepanjang hayat.

Dalam pada itu, aktiviti dijayakan 200 peserta ini turut mendapat kerjasama Jabatan Agama Islam (JAIS) Miri.

Program dimulakan dengan tazkirah yang disampaika­n Ustaz Mohd Nassru Abdul Latip.

S e s i b e r t a d a r u s kemudianny­a dipimpin tiga pelajar iaitu Awangku Omar Asfuaddin Awang Hamdan, Muhd Aizul Izuddin Zulhazizi dan Muhd Azib Zahiruddin Zulhazizi.

Surah yang dibaca adalah Al Fatihah, Al Baqarah (Surah Qursi ayat 255), Al Hujarat, Al Kafirun, Al Ikhlas, Al Falaq danAn Nas.

 ??  ?? MARI MENGAJI: Sesi bacaan ayat-ayat suci al-Quran di Auditorium Pustaka Miri bermula jam 11 pagi.
MARI MENGAJI: Sesi bacaan ayat-ayat suci al-Quran di Auditorium Pustaka Miri bermula jam 11 pagi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia