Utusan Borneo (Sarawak)

Wanita kerugian diragut dua lelaki

-

MIRI: Seorang wanita terpaksa menanggung kerugian apabila menjadi mangsa ragut dua lelaki tidak dikenali di sebuah pusat komersial di Riam di sini, petang kelmarin.

Difahamkan kejadian berlaku sekitar jam 3.35 petang apabila mangsa, 30-an, bersama anak perempuann­ya yang masih bersekolah rendah, memarkir kereta di tingkat atas pusat komersial itu.

Menurut sumber, kejadian berlaku begitu pantas di mana seorang suspek berlari merampas beg tangan mangsa yang dipegang anaknya.

“Suspek kemudi- annya melarikan diri menggunaka­n motosikal yang ditunggang seorang lagi suspek.

“Kejadian itu menyebabka­n mangsa yang merupakan peniaga mengalami kerugian selepas duit, telefon bimbit dan dokumen peribadi dilarikan peragut terbabit,” kata sumber.

Mangsa dan anaknya dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan, namun anaknya masih trauma dengan kejadian tersebut.

Sumberberk­ata, mangsa ada menjerit meminta tolong apabila diragut namun semasa kejadian tempat parkir itu lengang.

“Namun seorang orang awam yang menyedari kejadian itu cuba mengejar kedua- dua suspek menggunaka­n kenderaan pacuan empat rodanya (4WD) namun gagal.

“Mangsa kemudianny­a mendapatka­n rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di situ sebagai bahan bukti kejadian,” katanya.

Mangsa kemudianny­a membuat laporan polis di balai polis berdekatan untuk tindakan selanjutny­a.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Miri ACP Lim Meng Seah ketika dihubungi mengesahka­n menerima laporan polis mengenai kejadian tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia