Utusan Borneo (Sarawak)

SRU giat perkasa program pembanguna­n ragbi wanita

-

KUCHING: Kesatuan Ragbi Sarawak (SRU) giat memperkasa program pembanguna­n ragbi wanita di negeri ini dengan merancang menubuhkan Persatuan Ragbi Bahagian Kapit.

Presiden SRU, Richard Song berkata usaha dilaksanak­an itu bertujuan mencungkil bakat-bakat kalangan wanita dalam sukan ragbi di Bahagian Kapit.

Untuk itu, beliau bercadang mengadakan perjumpaan dengan Timbalan Ketua Menteri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Baleh, Tan Sri Datuk Amar Dr James Masing bagi membincang mengenai perkara itu.

“Kita dalam proses menubuhkan persatuan ragbi di Kapit dan kita mendapatka­n penaja korporat. Kita juga menjemput Masing melancarka­n program pembanguna­n remaja wanita pada Oktober akan datang.

“Kapit bahagian yang besar dengan ramai kaum seperti Iban, Kelabit, Kayan, Kenyah dan Orang Ulu. Saya percaya wanita di sana mempunyai fizikal kuat dan lasak kerana faktor persekitar­an,” katanya.

Beliau juga yakin SRU dan Persatuan Ragbi Bahagian Kapit boleh mencungkil ramai pemain berpotensi untuk diserapkan dalam skuad SUKMA Sarawak pada masa akan datang.

“Kita mahu mencungkil lebih ramai pemain berpotensi untuk mewakili Sarawak pada SUKMA Johor 2020 nanti,” katanya.

Richard turut memuji inisiatif Kelab Ragbi Kuching menganjurk­an Kejohanan Ragbi Wanita 7 Sebelah di Padang Ragbi Song Kheng Hai di sini.

Pada kejohanan disertai enam pesaing itu, pasukan Hunters A dinobatkan juara manakala SMK Muara Tuang C selaku juara ‘plate’.

“Ini satu program pembanguna­n cukup baik untuk ragbi wanita dan saya berharap kejohanan sama dianjurkan di bahagian lain,” katanya sambil menambah SRU memberi sokongan terhadap kejohanan tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia