Utusan Borneo (Sarawak)

Bintang bola sepak Sepanyol itu berikrar menjadikan kelab baharunya itu disegani di rantau Asia

-

KOBE: Legenda Barcelona, Andres Iniesta, semalam membuat penampilan pertama di Vissel Kobe sejak dia menandatan­gani kontrak

“Saya mahu menyumbang kepada pasukan sebanyak mungkin,” kata Iniesta, yang dilaporkan sudah menyetujui perjanjian selama tiga tahun dengan gaji tahunan sebanyak $30 juta, satu rekod Liga J.

“Saya rasa saya harus mengejar objektif terbaik dalam bola sepak dan kehidupan saya,” ujarnya, dan berkata dia mahu Vissel memenangi liga dan “jika boleh, menawan Asia”.

Pemain tengah itu, yang menjaringk­an gol kemenangan Sepanyol ketika menentang Belanda dalam perlawanan akhir Piala Dunia 2010, menjulang 32 piala penting dan membuat 674 penampilan untuk Barcelona. Keputusan ikon Sepanyol itu untuk memilih Kobe mungkin merupakan kejayaan perpindaha­n terbesar bagi bola sepak Jepun, kerana ramai pemain terkemuka sekarang pergi ke kelab yang kaya di China pada hujung karier mereka.

Iniesta menunjukka­n bakatnya menimang bola pada hari pengenalan tersebut.

Iniesta menyatakan awal bulan ini bahawa perpindaha­n ke kelab di China juga merupakan satu pilihan untuknya.

Penyertaan­nya merupakan dorongan yang tepat pada waktunya bagi Liga J, yang pernah menarik pemain masyhur seperti legenda Brazil, Zico, dan bekas bintang England, Gary Lineker, ketika ia bermula pada 1993

Saya rasa saya harus mengejar objektif terbaik dalam bola sepak dan kehidupan saya. Andres Iniesta Pemain Vissel Kobe

tetapi menghadapi kesukaran untuk menarik pemain ternama sejak beberapa tahun lalu.

Selepas Piala Dunia di Rusia, Iniesta akan disertai bekas penyerang Arsenal, Lukas Podolski, di Vissel, sekarang menduduki tempat keenam dalam divisyen pertama dalam Liga J selepas 15 perlawanan. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? BERBAKAT:
— Gambar AFP BERBAKAT:
 ?? — Gambar AFP ?? SAMBUTAN BAIK: Iniesta bertemu dengan peminat muda semasa sesi pengenalan di Stadium Noevir di Kobe, Tokyo.
— Gambar AFP SAMBUTAN BAIK: Iniesta bertemu dengan peminat muda semasa sesi pengenalan di Stadium Noevir di Kobe, Tokyo.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia