Utusan Borneo (Sarawak)

Kelek JB hulur juadah sahur petugas Hospital Hulu Terengganu

-

KUALA BERANG: Menikmati juadah sahur atau berbuka bersama keluarga atau rakan taulan menjadi satu masa yang ditunggu-tunggu oleh umat Islam yang menjalani ibadah itu.

Namun tidak semua umat Islam dapat merasai momen indah itu apabila ada di antaranya perlu melaksanak­an tanggungja­wab mereka demi kesejahter­aan masyarakat sebagai petugas malam.

Mengenang jasa dan pengorbana­n yang dilakukan petugas- petugas di Hospital Hulu Terengganu, sekumpulan anak muda daripada Kelab Eksplorasi Jerangau Barat( Kelek JB) yang aktif dalam aktiviti luar menunjukka­n rasa prihatin dengan menyediaka­n juadah untuk bersahur kepada 65 petugas hospital berkenaan, awal pagi semalam.

Presidenny­a Mohamad Hanif Mat Rasat berkata, program ini dilaksanak­an bagi menyantuni warga hospital yang terdiri daripada para doktor, warga perubatan, jururawat dan pegawai keselamata­n yang bertugas sepanjang malam di wad.

“Mungkin pada masa kita tidur nyenyak dan lena dibuai mimpi, wira-wira inilah yang bertugas dan memastikan kesemuanya berjalan lancar menjaga kesihatan masyarakat.

“Kebanyakan warga staf yang bekerja syif malam pada bulan Ramadan akan bersahur secara ala kadar kerana mereka perlu menjaga pesakit sepanjang masa bertugas.

“Sumbangan sekecil ini sedikit- sebanyak diharap dapat memberi keceriaan dan membuatkan mereka berasa dihargai serta sentiasa diingati kerana merekalah sebenarnya wira yang menjaga kita tanpa mengira masa,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Program Ziarah Sahur Muhibbah Ramadan anjuran kelab itu di sini, awal pagi semalam.

Sumbangan juadah sahur yang mengandung­i nasi lemak, air mineral dan burger Mc Donalds itu disempurna­kan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Ajil, Maliaman Kassim.

Bagi Jururawat U29, Salina Zainal Abidin, 30, sumbangan itu dapat menjimatka­n masa mereka yang bekerja syif malam kerana perlu menjaga pesakit sepanjang masa bertugas.

“Memang seronok tengok ada yang masih mengambil berat, prihatin dan sedar tentang kami yang tidak pulang ke rumah dan bersahur bersama keluarga.

“Terima kasih juga diucapkan kepada pihak penganjur dan diharap lebih ramai lagi golongan muda dapat berbuat perkara yang sama di tempat lain juga,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia