Utusan Borneo (Sarawak)

Program Sentuhan Kasih Petronas memasuki tahun keempat, diadakan setiap sambutan perayaan utama negara

-

KUALA LUMPUR: Petronas semalam berkongsi kemuliaan Ramadan bersama 500 keluarga kurang berkemampu­an di Projek Perumahan Rakyat Pinggiran Bukit Jalil menerusi Program CSR, Sentuhan Kasih Petronas.

Program Pasar Percuma Hari Raya itu dianjurkan sukarelawa­n dari anak syarikat Petronas, Petronas Gas Berhad (PGB) dan jabatan undang-undang Petronas yang bekerjasam­a menjalanka­n program tersebut bermula 19 Mei lalu.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif PGB, Kamal Bahrin Ahmad berkata program hari ini (semalam) merupakan fasa kedua dalam Sentuhan Kasih Ramadan di kawasan tersebut.

“Fasa pertama minggu lepas kita sampaikan beras yang disumbangk­an oleh

Fasa pertama minggu lepas kita sampaikan beras yang disumbangk­an oleh pekerja Petronas kepada 200 keluarga kurang berkemampu­an terpilih dan pakaian Hari Raya untuk anak-anak mereka

tahun. ” yang berusia di bawah 17 Kamal Bahrin Ahmad Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif PGB

pekerja Petronas kepada 200 keluarga kurang berkemampu­an terpilih dan pakaian Hari Raya untuk anak-anak mereka yang berusia di bawah 17 tahun.

“Manakala untuk minggu ini, kita sampaikan pula barangan terpakai yang dikumpul hasil pemberian petugas Petronas. Kita telah pastikan barangan yang diberi masih kelihatan baharu, dalam keadaan yang elok dan boleh digunakan untuk menyambut Hari Raya. Sedikit sebanyak ia dapat membantu meringanka­n beban golongan yang tidak berkemampu­an membuat persediaan Hari Raya.”

Hampir tiga tan barangan terpakai telah berjaya di- kumpulkan bagi projek berkenaan yang termasuk pakaian, tudung dan selendang, beg tangan, kasut, alat permainan kanak-kanak, aksesori, peralatan dapur dan perhiasan rumah.

Hadir sama ialah Naib Presiden dan Penasihat Undang- Undang Kumpulan Petronas Maliki Kamal Mohd Yasin.

Kamal Bahrin berkata berdasarka­n sambutan semalam, Petronas akan meneruskan lagi program itu pada masa hadapan.

Penganjura­n Program Sentuhan Kasih Petronas telah pun memasuki tahun keempat dan diadakan pada setiap sambutan perayaan utama negara. Setiap kali penganjura­nnya, ia mendapat sokongan daripada seluruh kakitangan Petronas yang menyumbang pelbagai barangan milik mereka. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SESAK: Para penduduk Projek Perumahan Rakyat (PPR) menunggu giliran untuk mengambil baju yang disediakan pada ‘Hari Raya Free Market’ Program Sentuhan Kasih Petronas di PPR Pinggiran Bukit Jalil dekat Kuala Lumpur, semalam.
— Gambar Bernama SESAK: Para penduduk Projek Perumahan Rakyat (PPR) menunggu giliran untuk mengambil baju yang disediakan pada ‘Hari Raya Free Market’ Program Sentuhan Kasih Petronas di PPR Pinggiran Bukit Jalil dekat Kuala Lumpur, semalam.
 ?? — Gambar Bernama ?? MEMBANTU: Sukarelawa­n Petronas Gas Berhad (PGB) dan Jabatan Perundanga­n Petronas membantu Penduduk Projek Perumahan Rakyat (PPR).
— Gambar Bernama MEMBANTU: Sukarelawa­n Petronas Gas Berhad (PGB) dan Jabatan Perundanga­n Petronas membantu Penduduk Projek Perumahan Rakyat (PPR).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia