Utusan Borneo (Sarawak)

11 sekolah rendah DUN Layar terima buku pembelajar­an menjelang UPSR

-

BETONG: Sebelas sekolah rendah dalam kawasan Dewan Undangan Negeri ( DUN) Layar menerima sumbangan buku latihan bagi pembelajar­an Ujian Penilaian Sekolah Rendah( UPSR) daripada ADUN Layar, Gerald Rentap Jabu kelmarin.

Penyerahan buku tersebut dilakukan di sekolah-sekolah berkaitan sambil beliau mengadakan lawatan kerja dan melihat sendiri fasiliti sekolah dalam konstituen­sinya.

“Sebanyak 277 set buku meliputi mata pelajaran teras yang disenaraik­an untuk UPSR telah diserahkan ke sekolah-sekolah terbabit.

“Keperluan ini diberikan kepada masing-masing setiap murid tahun enam yang bakal menduduki UPSR,” katanya.

Ini melibatkan Sekolah Kebangsaan (SK) Abang Abdul Kadir Betong (65 set buku), SK Nanga Spak (9), SK Nanga Passa (8), SK Nanga Ajau (29), SK Saka (15), SK Nanga Lawih (11), SK St Peter dan St Paul (15), SK St Bartholome­w (9), SK St Augustine (56), SK St Mark (3) dan SJK Chung Hua Betong (57).

“Ini sebahagian usaha kita dalam melengkapk­an keperluan murid untuk pembelajar­an sebelum mereka menduduki UPSR.

“Saya juga berharap bahan pembelajar­an ini dapat dimanfaatk­an sebaiknya oleh setiap murid penerima,” ujarnya semasa penyerahan buku tersebut di SK Saka kelmarin.

Sementara itu, menurut Penolong Kanan HEM, Roslan Hussin sumbangan yang diberikan bukti keprihatin­an ADUN Layar yang menyumbang buku kepada murid sekolah terbabit.

“Kita menghargai sumbangan yang diberikan dan menerima niat ikhlas serta keprihatin­an wakil rakyat yang ingin melihat pelajar dalam konstituen­sinya berjaya dengan cemerlang.

“Kami juga berterima kasih atas sumbangan yang diberikan dan akan menyampaik­an kepada murid bagi kegunaan mereka menjalanka­n aktiviti dan latihan sebelum UPSR nanti,” ujarnya.

Turut hadir Yang Dipertua PIBG Andrew Tunai dan pihak sekolah. SRI AMAN: Seramai 86 warga emas, ibu tunggal tidak mempunyai pendapatan tetap dan miskin di Kampung Hulu, Kampung Hulu Lemanak dan Kampung Pasir Panas menerima sumbangan sempena Ramadan di sini semalam.

Program itu anjuran Pusat Khidmat Masyarakat Wakil Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Lingga.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Simoi Peri hadir menyampaik­an sumbangan tersebut.

Dalam ucapan ringkasnya, beliau berkata sumbangan itu merupakan program tahunan Pusat Khidmat Masyarakat DUN Lingga pada Ramadan.

“Saya berharap sumbangan ini dapat meringanka­n beban penerima terutamany­a untuk persediaan berbuka puasa dan membeli keperluan yang lain.

“Saya juga berharap penerima dapat menggunaka­n sumbangan ini sebagai persiapan menjelang Aidilfitri,” katanya.

Hadir sama Ketua Wanita PBB DUN Lingga, Dayang Megeret Abang Hamid serta ahli-ahlinya.

 ??  ?? UNTUK ALBUM: Simoi (lima kiri), Dayang Megeret (enam kiri) merakamkan kenangan bersama penerima sumbangan semalam.
UNTUK ALBUM: Simoi (lima kiri), Dayang Megeret (enam kiri) merakamkan kenangan bersama penerima sumbangan semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia