Utusan Borneo (Sarawak)

Ta Ann yakin India pelanggan utama tahun ini

-

SIBU: Ta Ann Holdings Berhad (Ta Ann) yakin negara India akan terus menjadi pelanggan utamanya bagi tahun 2018.

Ketua Pegawai Eksekutif Ta Ann Dato Wong Kuo Hea yakin India akan kekal menjadi pelanggan utama dengan jumlah eksport dijangka kekal kukuh pada tahun ini.

“Ya, India akan terus kekal sebagai pelanggan utama dengan jumlah eksport dijangka kekal kukuh pada 2018.

“Harga jualan eksport bagi kumpulan syarikat telah mencapai purata AS$370 per meter padu pada Mac 2018 berbanding Mac 2017, dengan peningkata­n sebanyak 65 peratus,” ujarnya ketika Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Ta Ann di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan daripada kumpulan pemerhati bagi pemegang saham minoriti ( MSWG) dalam kumpulan syarikat.

Hadir sama ialah Pengerusi Eksekutif Ta Ann Datuk Amar Abdul Hamed Sepawi, Pengarah Eksekutif Sa’id Dolah serta yang lain.

Ditanya sama ada jumlah eksport kumpulan dijangka terus menurun pada tahun ini berikutan penguranga­n kuota eksport daripada 30 peratus kepada 20 peratus sejak Julai 2017, Wong berkata, perubahan dalam polisi perhutanan dan kuota eksport dijangka lebih nyata dan hanya akan diumumkan pada pertengaha­n Jun.

“Malangnya, ini adalah polisi kerajaan yang kita perlu patuhi meskipun eksport kayu menjana keuntungan yang baik kepada kumpulan,” katanya.

Berdasarka­n laporan ta- hunan syarikat, pengeluara­n kayu bagi tahun 2017 telah menurun kepada 46 peratus berbanding tahun 2016.

Jumlah eksport juga 54 peratus lebih rendah berikutan penguranga­n kuota eksport daripada 30 peratus kepada 20 peratus, berkuat kuasa Julai 2017.

Sementara itu, jumlah pengeluara­n bahagian papan lapis syarikat bagi 2017 juga menurun kepada 23 peratus, disebabkan kekurangan bekalan kayu balak.

Bagi mengimbang­i penurunan itu, syarikat mengambil langkah mengggunak­an lebih banyak kayu balak yang ditanam dan mengimport ‘ eucalyptus veneer’ bagi pengeluara­n papan lapis, selain membangunk­an pasaran baharu bagi produk berasaskan kayu.

Wong berkata, kekurangan bekalan kayu balak dijangka terus berlaku pada tahun ini.

Namun katanya, bekalan kayu balak ini akan diselesaik­an dengan peningkata­n tuaian daripada pokok-pokok matang yang ditanam di hutan oleh syarikat.

“Syarikat juga telah menyelaras pengeluara­n papan lapis dengan bekalan kayu balak dan syarikat juga akan mengekalka­n pengeluara­n papan lapis pada tahap ini untuk terus bertahan,” jelas beliau.

 ??  ?? LAPORAN: Wong (dua kanan) bersama Abdul Hamed (tengah) serta yang lain ketika AGM Ta Ann Holdings Berhad, semalam.
LAPORAN: Wong (dua kanan) bersama Abdul Hamed (tengah) serta yang lain ketika AGM Ta Ann Holdings Berhad, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia