Utusan Borneo (Sarawak)

Ancelotti ikrar akhiri penantian Napoli rangkul kejuaraan Serie A Itali

-

MILAN, Itali: Carlo Ancelotti berjanji untuk menamatkan penantian 28 tahun Napoli untuk memenangi kejuaraan Serie A Itali selepas ia disahkan Rabu lepas di mana beliau akan menggantik­an Maurizio Sarri sebagai jurulatih untuk kontrak tiga tahun.

Ancelotti, yang dipecat oleh Bayern Munich pada bulan September tahun lepas, tiba selepas Sarri ‘dipaksa keluar’ dari kelab setelah menamatkan musim Serie A Itali di tempat kedua di belakang Juventus.

Napoli belum memenangi kejuaraan Serie A sejak era bintang legenda Argentina, Diego Maradona, yang membantu kelab memenangi dua kejuaraan mereka pada 1987 dan 1990.

“Saya sangat gembira untuk kembali ke negara saya dan ke salah sebuah pasukan terhebat di Itali,” kata Ancelotti dalam satu kenyataan menerusi laman sesawang peribadi beliau.

“Sasarannya ialah untuk memenangi Scudetto (Serie A) selepas 28 tahun. Kami gembira dengan cabaran ini dan bersedia untuk memulakan babak baharu dalam bola sepak.”

Ia merupakan tugas pertama Ancelotti dalam bola sepak Itali sejak meninggalk­an AC Milan pada 2009 selepas membimbing kelab memenangi kejuaraan liga dan dua kejuaraan Liga Juara-Juara.

Anak lelaki beliau, Davide dan menantu lelakinya, Mino Fulco, juga akan berada dalam pasukan kejurulati­han kelab.

Ancelotti mencapai persetujua­n kontrak Rabu lepas bersama Presiden Napoli, Aurelio De Laurentiis, yang kemudian mengesahka­n pemergian Sarri menerusi Twitter.

“Saya mahu berterima kasih kepada Maurizio Sarri kerana sumbangan berharga kepada kelab,” kata De Laurentiis.

“Beliau membawa kegembiraa­n dan prestij ke Naples dan penyokong Napoli di seluruh dunia dengan jenama bola sepak yang menarik pujian dari semua pihak. Tahniah Maurizio,” kata tweet Aurelio De Laurentiis.

De Laurentiis kemudian mengumumka­n kehadiran Ancelotti pada tweet seterusnya.

“Saya benar-benar gembira dan bangga untuk menjadi jurulatih sebuah pasukan dari bandar raya unik dengan penyokong yang cukup luar biasa. Forza Napoli,” kata Ancelotti dalam satu ucapan dalam empat bahasa berbeza – Itali, Inggeris, Perancis dan Sepanyol.

Ancelotti berkata beliau memilih Napoli walaupun tawaran dari seluruh Eropah dan Asia dan juga sebagai jurulatih kebangsaan Itali.

Sasaran beliau ialah “untuk mengembali­kan Napoli ke kedudukan tertinggi dalam Serie A dan Liga JuaraJuara.”

Bekas pengurus Chelsea, Real Madrid dan Bayern Munich itu dilaporkan bersetuju dengan satu kontrak bernilai 6.5 juta euro setahun.

Ancelotti memenangi tiga kejuaraan Liga Juara-Juara dan liga di Itali, Perancis, Jerman dan England. Beliau akan diperkenal­kan secara rasmi pada 9 Julai depan.

Sarri dikaitkan dengan kelab Chelsea dari England dan Zenit Saint Petersburg dari Rusia.

Jurulatih berusia 59 tahun itu menghabisk­an tiga musim terakhir di Napoli dengan kontrak asal beliau sepatutnya berakhir pada 2020.

Walaupun mengutip 91 mata musim ini, Napoli tetap gagal menyaingi Juventus, yang memenangi kejuaraan liga yang ketujuh berturuttu­rut. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? SASAR KEJUARAAN LIGA: Reaksi Ancelotti ketika menyaksika­n pemainnya beraksi pada perlawanan pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara menentang FC Schalke 04 di Santiago Bernabeu, Madrid dalam gambar fail bertarikh 10 Mac 2015.
— Gambar AFP SASAR KEJUARAAN LIGA: Reaksi Ancelotti ketika menyaksika­n pemainnya beraksi pada perlawanan pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara menentang FC Schalke 04 di Santiago Bernabeu, Madrid dalam gambar fail bertarikh 10 Mac 2015.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia