RedONE cecah 1 juta pelanggan dalam tempoh 5 tahun Sejak diperkenalkan dalam pasaran telekomunikasi di Malaysia sebagai Pengendali Maya Mudah Alih
KUALA LUMPUR: redONE Network Sdn Bhd ( redONE) mencipta sejarahnya yang tersendiri kerana pada suku tahun keempat 2017 menyaksikan redONE mencapai tahap yang amat memberangsangkan apabila berjaya mencecah 1 juta pelanggan dalam tempoh 5 tahun beroperasi sejak ia diperkenalkan dalam pasaran telekomunikasi di Malaysia sebagai Pengendali Maya Mudah Alih (MVNO).
Sehubungan itu, sebagai tanda penghargaan atas sokongan yang berterusan daripada pelangganya sejak tahun 2012, redONE telah menambah baik pelan Pascabayar Amazing48 dengan membuat penjenamaan semula sebagai Amazing48+.
Dilancarkan pada 1 Mei lalu, pelan Pascabayar Amazing48+ telah diperbaharui dari segi kuota data berkelajuan tinggi di mana kini pelanggan boleh menikmati 15GB data 4G LTE. Pelanggan Pascabayar redONE yang sedia ada juga boleh menaik taraf kepada pelan terbaharu Amazing48+ jika ingin menikmati kenaikan data yang sama seperti pelanggan baharu.
Tiada perubahan dikenakan pada harga pelan ini di mana pelanggan masih boleh menikmatinya dengan hanya RM50.88 sebulan.
Pada masa sama bagi pelanggan baharu mahupun sedia ada yang telah dinaik taraf akan mendapat langganan dua bulan percuma dimsum, iaitu perkhidmatan langganan video-on-demand di Malaysia, Brunei, dan Singapura (melalui StarHub Go) yang menawarkan kandungan siaran terbaik di Asia.
Pengasas bersama dan Pengarah redONE, Ben Teh berkata, perjalanan yang penuh cabaran dari dulu tidak pernah menghalang kami daripada maju ke hadapan sehingga kami telah berjaya menambat hati 1 juta pengguna.
“Sebagai tanda terima kasih atas sokongan pelanggan redONE memperkenalkan pelan Amazing48+ ke pasaran dengan kuota data yang lebih esar tanpa menukar harga pelan tersebut.”
“Kami juga amat berbangga dapat bekerjasama dengan dimsum dan menawarkan 60 hari tempoh percubaan percuma eksklusif untuk para pelanggan Amazing48+ sahaja,” katanya.
Ketua Pegawai Pemasaran dimsum, Lam Swee Kim turut mengucapkan tahniah atas kejayaan redONE.
“Kami amat gembira dapat menjadi sebahagian daripada usaha redONE menghargai pelanggannya atas pencapaian 1 juta langganan,”
“Dengan Amazing48+ terbaharu ini, pelanggan redONE akan dapat menikmati 60 hari langganan percuma di dimsum untuk menonton siri-siri dan rancangan dari Asia apabila mereka berdaftar dengan kami,” katanya.
Pelanggan baharu yang berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang pelan Pascabayar Amazing48+ ini bolehlah lawati laman web redONE di www. redONE.com.my.