Utusan Borneo (Sarawak)

Pakatan Harapan akan tunai janji manifesto Tempoh Dr Mahathir memegang jawatan sebagai perdana menteri tidak seharusnya menjadi isu

-

KUALA LUMPUR: Pakatan Harapan (PH) akan menunaikan janji-janji manifesto semasa kempen Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) yang lalu, kata Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar.

Beliau berkata tempoh Tun Dr Mahathir Mohamad memegang jawatan sebagai perdana menteri tidak seharusnya menjadi isu kerana Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim telah pun menyatakan sokonganny­a terhadap pelantikan Dr Mahathir sebagai perdana menteri.

“Tugas PH sekarang ialah untuk berkhidmat kepada rakyat setelah rakyat memilih PH sebagai kerajaan pada PRU14 yang lepas. Kita harus akur dengan keputusan dibuat Dr Mahathir dalam meneruskan agenda negara,” katanya ketika menjadi tetamu dalam program Temu Bual Eksklusif Bernama Radio, di sini semalam.

Nurul Izzah yang juga wakil rakyat kerusi Parlimen Permatang Pauh berkata tumpuan utama PH kini ialah menguruska­n pentadbira­n

Kita harus akur dengan keputusan dibuat Dr Mahathir dalam meneruskan agenda negara.

negara dan menyelesai­kan pelbagai isu yang melanda.

“Rakyat telah meletakkan harapan tinggi kepada PH dan adalah tugas kami untuk memikul tanggungja­wab itu dan melaksanak­an janji-janji yang dibuat dalam manifesto PH untuk kesejahter­aan rakyat,” katanya.

Menjawab dakwaan bahawa kemenangan PH pada PRU14 kerana lemparan fitnah kepada parti lawan, Nurul Izzah berkata dakwaan itu tidak berasas sama sekali kerana media arus perdana telah dikawal oleh kerajaan terdahulu (Barisan Nasional).

“Saya sendiri dituduh sebagai pengganas ketika in- siden penceroboh­an Lahad Datu di Sabah, saya membawa tuduhan fitnah itu ke mahkamah dan menang kes fitnah tersebut,” katanya.

Mahkamah Tinggi pada 18 April lepas membenarka­n saman yang difailkan Nurul Izzah terhadap bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berhubung isu Naib Presiden PKR itu bergambar bersama- sama Jacel Kiram, anak perempuan Jamalul Kiram III.

Mengulas mengenai amalan lompat parti, Nurul Izzah berkata demokrasi berada pada tahap parah di bawah kepimpinan terdahulu dan undang-undang dilihat bersifat ‘ draconian’ sehingga menyebabka­n amalan lompat parti itu berlaku.

“Contohnya seperti Akta Antiberita Tidak Benar, PH akan memansuhka­nnya tetapi pihak media harus bersikap bertanggun­gjawab serta mengamalka­n etika kewartawan­an dengan menjaga sensitivit­i agama dan kaum,” katanya.

Nurul Izzah berkata Malaysia juga perlu ada pembangkan­g yang kuat dalam memastikan ada semak dan imbang selain pendapat pembangkan­g juga akan diambil kira kerana ada beberapa dasar yang diperkenal­kan kerajaan terdahulu yang bagus dan boleh dibaiki.

Mengakhiri temu bual itu, beliau berkata anggota PH harus sentiasa mendekati rakyat dan memberi perhatian terhadap keperluan mereka selain perlu kekal relevan dengan menyediaka­n dasar kerajaan yang terbaik dalam ekonomi, politik dan sosial. — Bernama

Nurul Izzah Anwar Naib Presiden PKR

 ?? — Gambar Bernama ?? TEMU BUAL: Nurul Izzah ketika ditemu bual oleh penyampai Bernama Radio di Wisma Bernama di Kuala Lumpur semalam.
— Gambar Bernama TEMU BUAL: Nurul Izzah ketika ditemu bual oleh penyampai Bernama Radio di Wisma Bernama di Kuala Lumpur semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia