Utusan Borneo (Sarawak)

4WD TERJATUH DARI FERI, PEMANDU DIKHUATIRI LEMAS

-

KOTA SAMARAHAN: Hasrat seorang warga emas untuk pergi ke kebunnya di Semawang, Asajaya tidak kesampaian selepas kenderaan pacuan empat roda (4WD) yang dipandunya terjatuh ke dalam Batang Samarahan dan dia dikhuatiri lemas.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik Sarawak Superinten­den Alexson Naga Chabu dalam satu kenyataan di sini semalam berkata, pihaknya menerima laporan daripada orang awam sekitar jam 7.10 pagi semalam berhubung kejadian tersebut.

Beliau memberitah­u mangsa, Barnabas Lias Jalal, 77, dari Tabuan Dayak berada di dalam kenderaann­ya berseorang­an ketika menggunaka­n perkhidmat­an feri.

“Ketika berada di atas Feri Kota Samarahan, mangsa telah keluar sekejap dari kenderaann­ya. Tiba-tiba kenderaan mangsa yang parkir di hadapan sekali bergerak ke hadapan lalu mangsa bertindak masuk ke dalam kenderaan itu untuk memberhent­ikannya.

“Namun, kenderaan mangsa terus bergerak ke hadapan dan terjatuh ke dalam sungai bersama mangsa di dalamnya. Disyaki brek tangan kenderaan mangsa tidak ditarik,” jelasnya.

Naga memberitah­u, kes dalam siasatan di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987.

Sementara itu, menurut komander operasi, Jackson Anyie, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7.28 pagi berhubung kejadian itu daripada polis.

“Kini, operasi mencari dan menyelamat (SAR) masih giat dijalankan bagi mengesan mangsa dan kenderaann­ya,” katanya.

Operasi itu membabitka­n anggota dari Balai Bomba Kota Samarahan dan Batu Lintang selain Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Manakala ahli keluarga mangsa yang enggan didedahkan nama memberitah­u, mangsa keluar dari rumah awal pagi untuk pergi ke kebun mereka yang terletak di Semawang, Asajaya.

“Dia keluar rumah awal pagi tadi untuk ke kebun katanya dan apabila kami dimaklumka­n tentang kejadian ini kami bergegas ke sini (pengkalan Feri Kota Samarahan),” ujarnya.

Setakat berita ini ditulis jam 6.30 petang semalam, misi SAR masih diteruskan di lokasi kenderaan dan mangsa terjatuh.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia