Utusan Borneo (Sarawak)

KV Miri sedia menghadapi cabaran MSSM di Pahang

-

MIRI: Kolej Vokasional (KV) Miri kini dalam persiapan rapi menghadapi Kejohanan Bola Sepak Majlis Sukan Sekolah Menengah (MSSM) pada 12 Julai depan.

Ketua Jurulatihn­ya, Mohamad Hakimi Man berkata KV Miri mewakili Sarawak ke Pahang Darul Makmur pada kejohanan bermula 12 hingga 19 Julai depan.

“Ketika ini kita menjalani latihan kecergasan memandangk­an semua pemain telah dipilih dari kejohanan KARVOTEK Zon Sarawak lalu,” katanya di sini semalam.

Hakimi menjelaska­n semua pemain yang dipilih adalah berdasarka­n kepada prestasi dan mutu permainan mereka sebelum ini.

“Meskipun Ramadan bermula Khamis depan namun pasukan kita tetap meneruskan latihan memandangk­an kebanyakan pemain bukan muslim,” jelasnya.

Untuk rekod, KV Miri antara finalis setiap kali kejohanan itu berlangsun­g dan pada kejohanan lalu KV Miri kalah menerusi sepakan penalti.

“Kita tewas kepada Terengganu pada kejohanan lalu dan kali ini kita perlu bangkit membuktika­n KV Miri bukan calang-calang pasukan,” ujarnya.

Pada kejohanan edisi ini, Hakimi juga melahirkan keyakinan untuk mara ke pentas akhir seperti dilakukan sebelum ini.

“Apa yang pasti adalah kejayaan ini tidak datang bergolek tetapi hadir daripada perancanga­n program yang kami susun dengan rapi.

“Bukan itu sahaja semua ahli pasukan berjaya memainkan peranan dan hanya fokus dengan tugasan masing-masing,” jelasnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia