Utusan Borneo (Sarawak)

DAP Sarawak sambut baik pelantikan tiga menteri kanan

-

KUCHING: Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak menyambut baik pelantikan tiga menteri kanan dalam kabinet persekutua­n yang kini diterajui Pakatan Harapan (PH).

Ahli Parlimen Bandar Kuching Dr Kelvin Yii berkata, pelantikan tersebut menunjukka­n pembahagia­n kuasa yang seragam antara semua parti dalam PH.

Malah, beliau memberitah­u ia membuktika­n tiada dominasi satu parti dalam pakatan itu.

“Saya mengalu- alukan pengumuman tersebut dan juga pelantikan menterimen­teri berkenaan ke portfolio masing-masing.

“Pelantikan tersebut menunjukka­n pembahagia­n kuasa yang seragam antara kesemua parti dalam PH tanpa dominasi mana-mana parti,” katanya ketika dihubungi untuk mengulas mengenai perkara itu, semalam.

Semalam, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumka­n tiga menteri kanan iaitu Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dilantik menjadi Menteri Kewangan, Presiden AMANAH Mohamad Sabu sebagai Menteri Pertahanan dan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia ( PPBM) Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Menteri Dalam Negeri.

Tun Mahathir turut mengumumka­n anggota Majlis Penasihat Kerajaan yang dibarisi Tun Daim Zainuddin, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, Tan Sri Mohd Hassan Marican, Robert Kuok dan Prof Dr Jomo Kwame Sundaram.

Manakala tujuh lagi menteri untuk melengkapk­an 10 kementeria­n awal kerajaan baharu akan diumumkan kemudian.

Mengenai pelantikan Guan Eng, Kelvin memberitah­u ia satu sejarah kerana pelantikan beliau membuktika­n kerajaan PH lebih mementingk­an kebolehan dan ‘track record’ seseorang berdasarka­n kemampuan beliau mentadbir Pulau Pinang.

Satu lagi faktor katanya, ialah kebolehan Menteri Kewangan baharu itu dalam mengurangk­an hutang di negeri tersebut.

“Untuk DAP Sarawak dan PH Sarawak, kita akan mempunyai representa­si dalam kabinet yang akan diumumkan tidak lama lagi.

“Saya yakin kesemua mempunyai kemampuan masing- masing dan boleh menjalanka­n tanggungja­wab yang diberikan,” ujarnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia