Utusan Borneo (Sarawak)

Wanita SUPP Simanggang agih cermin mata percuma di Rh Bandi

-

SERAMAI 148 penduduk dari Rumah Bandi, Sebangkoi Undop menikmati pemeriksaa­n mata secara percuma anjuran Pergerakan Wanita Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Simanggang di rumah panjang berkenaan dekat Sri Aman, baru-baru ini.

Pengerusin­ya Ling Siew Hung berkata, selain pemeriksaa­n mata percuma, Wanita SUPP Cawangan Simanggang ini turut membuat cermin mata secara percuma kepada penduduk yang menyertai program ini.

Menurutnya, hasil daripada program ini, pihaknya telah berjaya mengumpul 148 penduduk untuk menikmati hasil perkhidmat­an pemeriksaa­n mata dan membuat cermin mata secara percuma.

Beliau menambah, program ini merupakan salah satu tanggungja­wab sosial pergerakan itu dalam usaha membantu penduduk yang memerlukan cermin mata.

“Kebanyakan mereka yang membuat cermin mata ini adalah mereka yang rabun dekat dan rabun jauh,” ujarnya ke- pada Utusan Borneo.

Turut hadir pada program berkenaan ialah Menteri Muda Kesejahter­aan Komuniti Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang Datuk Francis Harden Hollis. PERSATUAN Bomba Sukarela Sungai Jih di Kanowit, dekat Sibu mengadakan latihan berkaitan pencegahan keselamata­n api di Balai Bomba dan Penyelamat Kanowit, baru-baru ini.

Latihan antara lain bagi mendedahka­n ahli-ahli persatuan mengenai cara penggunaan ‘portable fire pump’ yang baharu diberi kepada persatuan terbabit.

Setiausaha persatuan Tuai Rumah Ingai Achot berkata, latihan itu amat penting bagi mendedahka­n ahli-ahli tentang cara penggunaan pam tersebut dengan betul.

“Pada masa sama, latihan ini sebagai persediaan kepada ahli-ahli bagi menghadapi sebarang kemungkina­n,” ujarnya.

Sebelum ini, persatuan menerima bantuan kasut, baju dan sarung tangan daripada Balai Bomba dan Penyelamat Malaysia Kanowit.

Bomba Sukarela Sungai Jih kini mempunyai lebih kurang 50 ahli meliputi penduduk dari Rumah Ingai, Rumah Gerinang dan Rumah Jilin.

Hadir sama ialah Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Malaysia Kanowit Allok Tagal serta yang lain.

 ??  ?? BERMANFAAT: Allok (tiga kanan) menyampaik­an dokumen sebagai simbolik penyerahan ‘portable fire pump’ kepada Ingai sambil diperhatik­an yang lain.
BERMANFAAT: Allok (tiga kanan) menyampaik­an dokumen sebagai simbolik penyerahan ‘portable fire pump’ kepada Ingai sambil diperhatik­an yang lain.
 ??  ?? BANTU: Ling membantu seorang penduduk mendapatka­n cermin mata percuma di Sri Aman, baru-baru ini.
BANTU: Ling membantu seorang penduduk mendapatka­n cermin mata percuma di Sri Aman, baru-baru ini.
 ??  ?? PERCUMA: Harden (tengah) bergambar bersama penduduk rumah Bandi yang mendapat cermin mata percuma.
PERCUMA: Harden (tengah) bergambar bersama penduduk rumah Bandi yang mendapat cermin mata percuma.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia