Utusan Borneo (Sarawak)

Guardiola cabar City cipta rekod baharu

-

LONDON, England: Pengurus Manchester City, Pep Guardiola, mencabar pasukannya mencipta sejarah selepas menyamai rekod Liga Perdana Inggeris untuk jumlah kemenangan paling banyak dalam satu musim setelah membelasah West Ham United 4-1 Ahad lepas.

City sekarang mencipta 30 kemenangan musim ini, menyamai rekod yang dicipta oleh Chelsea musim lepas dan akan mencipta rekod baharu jika memenangi salah satu dari baki tiga perlawanan.

City membuka jaringan menerusi gol Leroy Sane sebelum gol sendiri Pablo Zabaleta meletakkan City 2-0 di hadapan.

Aaron Cresswell merapatkan kedudukan sebelum rehat tetapi Gabriel Jesus dan Fernandinh­o melengkapk­an jaringan selepas rehat.

Sukar ditandingi hampir sepanjang musim, City membida untuk meletakkan nama mereka dalam pasukan terhebat Liga Perdana dengan mencipta rekod kod baharu.

“K a m i mempunyai i satu peluang untuk menjadi pasukan terbaik dalam sejarah di E n g l a n d , dengan lebih h banyak mata ata dan kami akan an cuba melakukann­ya nya apabila menentang Huddersfie­ld Ahad nanti,” kata Guardiola.

“Masih ada sasaran lagi. Sebaik sahaja kami memenangi Liga Perdana, sasaran kini adalah rekod.

“Kami mempunyai satu peluang untuk mengatasi rekod lama tetapi ia bukan mudah, kami harus bermain dengan baik, ia saingan yang kuat.”

City sudah menjaringk­an 102 gol liga dari 35 perlawanan, menjadikan mereka pasukan terpantas melepasi paras 100 gol liga elit sejak Everton melakukann­ya pada 1931/1932. City jug juga memerlukan tiga lagi ma mata untuk mengatasi rekod 95 mata Chelsea pada m u s i m 2 2004/2005. “K a m i pe pemain profesi fesional. Kami tidak meraikan pada m masa kami muncul juara juara,” tambah Guardiola. “Sekarang saya berharap kami boleh mencapai satu lagi kemenangan untuk mengutip 96 mata.” G u a r - City boleh menjadi lebih b a - g u s musim hadapan. “Anda sentiasa mahu melakukan yang lebih baik. Bola sepak tidak pernah berakhir kerana jika tidak, saya diola percaya tidak akan berada di sini musim hadapan,” kata beliau.

“Musim hadapan sasarannya ialah untuk mengekalka­n konsistens­i ini.”

West Ham hanya menang sekali dari lapan perlawanan liga terakhir dan kini satu mata di atas zon penyingkir­an.

“Saya tidak gelisah seperti kali pertama saya di kelab ini kerana kami berada dalam zon penyingkir­an ketika itu,” kata pengurus West Ham, David Moyes.

“Jika kami boleh menang salah satu dari perlawanan di tempat sendiri, saya fikir kami boleh kekal.” City membuka jaringan pada minit ke-13 untuk gol ke-14 Sane musim ini. City menambah jaringan apabila Zabaleta tertolak bola ke pintu golnya sendiri dari hantaran lintang Kevin De Bruyne. Cresswell merapatkan kedudukan pada minit ke-42 dari satu tendangan percuma cantik tetapi sebarang harapan unt uk kebangkita­n berakhir a p a b i l a J e s u s menjari n g k a n gol ketiga pada minit ke53 sebelum Fernandinh­o melengkapk­an jaringan pada minit ke-64. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? LINCAH: Sterling (tengah) mengawal bola ketika cuba untuk menjaringk­an gol pada perlawanan Liga Perdana Inggeris di Stadium London pada Ahad lepas.
— Gambar Reuters LINCAH: Sterling (tengah) mengawal bola ketika cuba untuk menjaringk­an gol pada perlawanan Liga Perdana Inggeris di Stadium London pada Ahad lepas.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia