Utusan Borneo (Sarawak)

United tewaskan Arsenal 2-1 pada kunjungan terakhir sebagai pengurus Arsenal di Old Trafford pada aksi liga Ahad lepas

-

MANCHESTER, England: Pengurus Manchester United, Jose Mourinho berharap beliau mendapat peluang untuk berdepan dengan Arsene Wenger sekali lagi selepas menewaskan kelab Wenger, Arsenal 2-1 pada kunjungan terakhir Wenger di Old Trafford dalam aksi Liga Perdana Inggeris Ahad lepas.

Wenger disambut b e k a s pengurus United, Alex F e r - g u s o n dan juga Mourinho sebelum sepak mula, malah menerima cenderahat­i dari Mourinho.

B a g a i m a n a p u n , Wenger pulang dengan tangan kosong apabila kekalahan menyebabka­n Arsenal, di tangga keenam liga, terkeluar dari saingan empat tangga teratas liga.

Marouane

Saya berharap saya akan bersemuka dengan beliau lagi. Jose Mourinho Pengurus Manchester United

Fellaini menjaringk­an gol kemenangan minit akhir selepas Henrikh Mkhitaryan mengikat kedudukan dari gol pemb u k a a n U n i t e d yang dij a r i n g - kan Paul Pogba. “S a y a berharap saya akan bersemuka dengan beliau lagi,” kata Mourinho, yang mempunyai sejarah hitam dengan Wenger dengan kata- kata paling terkenal dari Mourinho ialah ketika menganggap Wenger sebagai ‘pakar kegagalan’ kerana kegagalan beliau memenangi Liga Perdana sejak 2003/2004.

“Saya berharap ia boleh berlaku lagi. Jika tidak dapat Liga Perdana, siapa tahu pada perlawanan besar lain?”

United kini sudah mengesahka­n kelayakan ke Liga Juara-Juara dan menghampir­i sasaran untuk menamatkan saingan sekurang- kurangnya di tangga kedua liga di be

l a k a n g juara Manc h e s t e r City. M e r e k a juga mempunyai kelebihan lima m a t a b e r - bandi n g pasukan di tangga ketiga, Liverpool. “Saya fikir k a m i sudah men- ingkat di banyak peringkat tetapi ia tidak cukup untuk muncul juara dan juga gagal bersaing dalam Liga JuaraJuara tetapi memenangi Liga Europa,” tambah Mourinho.

“Ia memadai untuk menamatkan saingan di tempat kedua, lebih stabil, memenangi beberapa trofi, melangkah ke beberapa final, tetapi hakikatnya kami mahukan yang lebih bagus lagi (kejuaraan).”

Wenger melakukan lapan pertukaran dari kesebelasa­n utama yang seri 1-1 dengan Atletico Madrid pada perlawanan separuh akhir pertama Liga Europa ketika beliau sudah berputus asa untuk memburu empat tangga teratas liga.

“Ia menunjukka­n bahawa sebaik sahaja anda tidak mengancam lawan anda, semua orang menunjukka­n rasa saya,” kata Wenger ketika bercakap tentang sorakan selamat jalan dari penyokong United.

“Saya berterima kasih kepada Manchester United. Mereka memberi satu cara yang baik sebelum perlawanan, ia kali pertama saya mendapat cenderahat­i sebelum perlawanan.

“Saya mahu minum wain bersama Sir Alex selepas ini kerana beliau sentiasa mempunyai wain yang bagus.”

Alexis Sanchez menjadi pemain terakhir dari pemain utama Arsenal yang meninggalk­an kelab pada akhir karier Wenger dalam usaha mencari lebih banyak kejayaan dan wang pada bulan Januari.

Dan pada penampilan pertama menentang bekas kelabnya, Sanchez terlibat dengan gol pembukaan pada minit ke-16 apabila tandu- kan beliau ke arah pintu gol ditanduk pemain pertahanan Arsenal, Hector Bellerin ke arah palang gol sebelum bola muntah disempurna­kan Pogba.

Wenger menurunkan pemain rekod pembelian kelab, Pierre- Emerick Aubameyang dan Mkhitaryan, pemain sokongan perpindaha­n Sanchez ke United.

United hilang rentak pada awal separuh masa kedua apabila penyerangn­ya, Romelu Lukaku mengalami kecederaan dan diganti dengan Marcus Rashford dan tidak lama selepas itu, Mkhitaryan mengikat kedudukan.

Kedua-dua pasukan berusaha mencari gol kemenangan tetapi United mempunyai lebih banyak peluang sebelum Fellaini menjaringk­an gol kemenangan pada minit kecederaan dari hantaran lintang Ashley Young. — AFP

 ?? — Gambar AFP — Gambar AFP ?? PENGHORM ATA N : Mourinho ( kanan) dan Ferg u s o n (kiri) menyambut ketibaan Wenger sebelum sepak mula perlawanan di Old Trafford, Manchester pada Ahad lepas. GOL KEMENANGAN: Fellaini (tengah, kanan) menanduk masuk gol kedua perlawanan ketika membantu...
— Gambar AFP — Gambar AFP PENGHORM ATA N : Mourinho ( kanan) dan Ferg u s o n (kiri) menyambut ketibaan Wenger sebelum sepak mula perlawanan di Old Trafford, Manchester pada Ahad lepas. GOL KEMENANGAN: Fellaini (tengah, kanan) menanduk masuk gol kedua perlawanan ketika membantu...
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia