Utusan Borneo (Sarawak)

Rakyat Lanang perlukan perubahan landskap

-

SIBU: Landskap kawasan Parlimen Lanang memerlukan elemen perubahan serta masih memerlukan pembanguna­n insfrastru­ktur, asas dan sebagainya dalam meningkatk­an keselesaan rakyatnya.

Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Lanang Kelvin Kong memberitah­u, sejak kawasan itu jatuh kepada pembangkan­g, Lanang kerugian kirakira RM50 juta dalam masa lima tahun.

“Peruntukan yang disalurkan kerajaan pusat kepada seorang wakil rakyat daripada Barisan Nasional (BN) adalah RM10 juta setahun.

“Bagi sepenggal atau lima tahun adalah RM50 juta dan jumlah itu mungkin dapat digunakan untuk membangun kawasan Lanang dengan lebih pesat lagi.

“N a m u n s e m e n j a k Lanang jatuh kepada pihak pembangkan­g, kita tidak mendapat apa-apa peruntukan besar seperti itu,” katanya berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Rumah Nyudang, Batu 13, Jalan KJD di sini, kelmarin.

Hadir sama ialah Penghulu Sang Blabut serta ahli Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) yang lain.

Kelvin berkata, sekarang sudah tiba masanya rakyat di kawasan ini beralih serta menyokong penuh BN-SUPP pada Pilihan Raya Umum Ke14 (PRU14).

“Setelah di bawah pembangkan­g, tiada apa perubahan yang dibawa oleh mereka ke sini.

“Lanang masih macam dulu malah banyak lagi pembanguna­n serta kemudahan infrastruk­tur lain perlu dipertingk­atkan, namun tiada bajet daripada kerajaan pusat.

“Maka anda semua perlu fikir masak-masak dan ingat masa depan kita di sini yang masih memerlukan pembanguna­n.

“Kita harus memastikan kawasan kita berada di arus pembanguna­n pesat iaitu di bawah BN pada PRU14 ini,” tegasnya.

Beliau menjamin sekiranya SUPP menang pada pilihan raya akan datang, segala masalah di kawasan Lanang akan dapat diselesaik­an.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia