Utusan Borneo (Sarawak)

Saksi kes langgar lari di Miri diminta tampil

-

MIRI: Pihak polis meminta kerjasama orang awam yang ternampak atau mempunyai maklumat berhubung satu kes langgar lari yang berlaku di jalan bulatan berhampira­n Hotel Telang Usan di sini malam Sabtu lalu supaya tampil membantu siasatan polis.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik Sarawak Superinten­den Alexson Naga Chabu berkata, dalam kejadian yang berlaku sekitar jam 11.20 malam itu, seorang pejalan kaki ditemui berlumuran darah dan tidak sedarkan diri dipercayai telah dilanggar lari oleh sebuah kenderaan lain.

“Ketika kejadian, mangsa dipercayai cuba melintas jalan di kawasan itu dan dilanggar lari oleh sebuah kenderaan yang masih belum dapat dipastikan.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan paramedik dari Hospital Miri yang bergegas ke tempat kejadian sebaik dimaklumka­n tentang kes itu,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarka­n kelmarin.

Menurut Alexson, mangsa merupakan seorang lelaki berusia lingkungan 40-an dan ketika ditemui, tiada sebarang dokumen pengenalan diri dijumpai pada badannya.

Sehubungan itu katanya, pihak polis kini sedang berusaha untuk mencari saksi bebas.

“Kita merayu kepada orang awam yang ada ternampak atau mempunyai maklumat berhubung kes langgar lari itu supaya tampil memberi kerjasama untuk membantu pihak polis menjalanka­n siasatan lanjut berhubung kes itu.

“Mereka yang mempunyai maklumat, boleh menghubung­i pegawai penyiasat Inspektor Arif Hidayat di Balai Polis Trafik Miri,” katanya sambil memberitah­u kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987.

Sementara itu, mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Miri untuk tindakan lanjut.

 ??  ?? BANTU SIASATAN: Anggota paramedik memeriksa keadaan seorang lelaki dipercayai mangsa langgar lari yang ditemui terbaring dalam keadaan berlumuran darah di jalan bulatan berhampira­n Hotel Telang Usan, Miri malam Sabtu lalu.
BANTU SIASATAN: Anggota paramedik memeriksa keadaan seorang lelaki dipercayai mangsa langgar lari yang ditemui terbaring dalam keadaan berlumuran darah di jalan bulatan berhampira­n Hotel Telang Usan, Miri malam Sabtu lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia