Utusan Borneo (Sarawak)

GD Holdings menceburi perniagaan pendidikan

-

NILAI: GD Holdings Sdn Bhd, syarikat yang terlibat dalam perniagaan hartanah, meluaskan sayapnya ke dalam perniagaan pendidikan, menerusi penubuhan Queensland Internatio­nal School, sekolah pertamanya di Malaysia.

Pengarah Urusan Kumpulan, Huan Woon Han berkata sekolah antarabang­sa itu akan dibina di kawasan seluas 3.24 hektar bersebelah­an p r o j e k k e d i a m a n , Residensi Lili, dekat sini.

“Sekolah antarabang­sa ini yang boleh menampung sehingga 6,000 pelajar, dijangkaka­n siap dalam tempoh dua tahun selepas pembinaann­ya bermula.

“Kami sudah mendapat kelulusan bersyarat d a r i p a d a J a b a t a n Pendidikan dan Latihan Queensland, Australia dan masih menunggu kelulusan daripada Kementeria­n Pelajaran, yang kami harapkan tahun ini,” katanya kepada media selepas majlis menandatan­gani Kenyataan Hasrat di sini semalam.

Kenyataan Hasrat itu ditandatan­gani oleh Huan bagi pihak GD Holdings, dan Kaunselor ( Pendidikan dan Sains) di Suruhanjay­a Tinggi Australia, Bernadine Caruanca dan disaksikan oleh Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Chong Sin Woon.

Huan berkata sekolah a n t a r a b a n g s a i t u menawarkan Kurikulum Queensland bagi Tahun 1 hingga Tahun 12.

“Selepas tamat Tahun 12, pelajar sudah bersedia untuk diterima masuk oleh universiti dari seluruh dunia tanpa perlu melalui A-level, matrikulas­i atau pengajian asasai.

“Biasiswa atau geran akan ditawarkan kepada pelajar yang layak yang terdiri daripada kalangan pembeli rumah kami, saudara-mara atau rakan mereka yang belajar di sekolah antarabang­sa ini,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia