Utusan Borneo (Sarawak)

Bursa Malaysia dijangka didagangka­n tinggi

Prospek ekonomi global atau faktor luaran masih menjadi penentu arah di bursa tempatan

-

KUALA LUMPUR: Dagangan dalam kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif dijangka dibuat secara berhati-hati, dengan menjejaki prestasi pasaran emas Bursa Komoditi New York (COMEX) pada minggu ini, kata seorang peniaga.

Peniaga Phillip Futures Sdn Bhd, Chang Hui Ling berkata, pelabur akan menunggu keputusan kadar faedah yang bakal diputuskan oleh Bank Pusat Eropah dan Bank Jepun, masing-masing pada Khamis dan Jumaat depan sebagai petunjuk baharu selepas bergerak dalam jajaran yang agak rapat sepanjang minggu ini.

Dari Jumaat ke Jumaat, April 2018 meningkat sebanyak lapan mata kepada RM168.00 segram, manakala Mei 2018, Jun 2018 dan Julai 2018, masing-masing menokok lapan mata kepada RM168.30 segram.

Jumlah dagangan bagaimanap­un menurun kepada 12 lot bernilai RM202,075 daripada 25 lot dengan nilai RM385,200 yang dicatatkan pada minggu sebelumnya manakala kepentinga­n terbuka kekal pada 67 kontrak. — Bernama KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dijangka didagangka­n lebih tinggi minggu ini, dengan indeks komposit cenderung untuk melepasi paras 1,900, dalam dagangan yang tidak menentu, kata Ketua Penyelidik­an Inter-Pacific Securities Sdn Bhd, Pong Teng Siew.

Beliau bagaimanap­un berkata prospek ekonomi global atau faktor luaran masih menjadi penentu arah di bursa tempatan.

“Pada masa ini, ia banyak bergantung kepada faktor luaran dan bukan faktor domestik. Pelabur sudah pun biasa dengannya, namun ia akan berbeza selepas keputusan pilihan raya umum. Situasi itulah yang akan memberi kesan ke atas pasaran saham,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata tahap sokongan dilihat pada 1,868, 1,880 dan 1,887 manakala paras rintangan berada antara 1,899, 1,903 dan 1,914.

Berdasarka­n perbanding­an Jumaat ke Jumaat, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI mencatatka­n 19.28 mata lebih tinggi kepada 1,887.75 berbanding 1,868.47 minggu sebelumnya.

Indeks utama bergerak pada momentum meningkat dan melonjak pada paras tertinggi pada Khamis kepada 1,895.18, susulan peningkata­n harga minyak mentah antarabang­sa Brent setinggi AS$74.44 (AS$1=RM3.88).

Kali terakhir Indeks komposit mencapai paras tertinggi pada 1,892.65 direkodkan pada 8 Julai 2014.

Indeks FBM Emas melonjak 39.02 mata kepada 13,168.54, Indeks FBMT100 meningkat 54.40 mata kepada 12,976.02 dan Indeks FBM Emas Shariah merosot 2.63 mata kepada 13,350.07.

FBM 70 turun 202.55 mata kepada 15,617.03 dan FBM Ace merosot 202.01 mata kepada 5,444.12.

Mengikut sektor, Indeks Kewangan meningkat 226.0 mata kepada 18,487.84, Indeks Perusahaan menambah 63.72 mata kepada 3,284.70 namun Indeks Perladanga­n menurun 60.64 mata kepada 7,993.89.

Jumlah dagangan mingguan merosot kepada 13.06 bilion unit bernilai RM11.67 bilion berbanding 16.59 bilion unit bernilai RM12.55 bilion.

Jumlah dagangan di pasaran utama merosot kepada 8.12 bilion unit bernilai RM10.76 bilion berbanding 10.17 bilion unit bernilai RM11.57 bilion.

Jumlah dagangan waran menyusut kepada 2.75 bilion unit bernilai RM522.99 juta berbanding 3.42 bilion unit bernilai RM449.85 juta.

Jumlah dagangan pasaran ACE susut kepada 2.16 bilion saham bernilai RM385.95 juta berbanding 2.97 bilion saham bernilai RM529.98 juta. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia