Utusan Borneo (Sarawak)

West Brom ikat Liverpool 2-2 di laman sendiri

-

WEST BROMWICH, England: Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp melihat penyerangn­ya Mohamed Salah sekali lagi mencuri perhatian dengan golnya tetapi kehilangan dua mata ketika seri 2-2 di West Bromwich Albion menyebabka­n beliau berasa tidak begitu teruja Sabtu lepas.

Salah menjaringk­an gol kedua Liverpool ketika mereka mendahului 2-0 ketika menentang kelab terbawah liga untuk gol ke-41 beliau dari 46 perlawanan dalam semua pertanding­an dan juga menyamai rekod gol paling banyak dalam satu musim Liga Perdana -31 gol – yang dijaringka­n Luis Suarez empat tahun yang lalu.

Klopp juga melihat Danny Ings menjaringk­an gol pertamanya untuk Liverpool sejak Oktober 2015 untuk membuka jaringan tetapi selepas bolos dua gol lewat kepada West Brom dan dengan satu perhatian kepada perlawanan separuh akhir pertama Liga Juara-Juara menentang AS Roma Selasa ini, Klopp kelihatan tidak bersemanga­t untuk meraikan satu lagi pencapaian hebat Salah.

“Sudah tentu saya berasa gembira dengan beliau,” kata Klopp. “Tetapi seperti Mo (Salah), pertama sekali kami mahu menang perlawanan. Kerana itu saya lebih suka bercakap tentang perkara lain jika kami menang tetapi malangnya kami tidak menang.”

Ings, yang bermula buat kali kedua dalam kesebelasa­n utama liga sejak Oktober 2015 ekoran kecederaan lutut serius yang hampir menjejaska­n kerjayanya, membuka jaringan seawal minit keempat dari umpanan Georginio Wijnaldum.

“Ia sentiasa jelas jika Danny cergas dan sihat, mengekalka­n kesungguha­n dalam latihan seperti yang sudah beliau lakukan begitu lama, beliau akan menjaringk­an lebih banyak gol,” kata Klopp.

“Jadi ia menarik di mana beliau menjaringk­an gol hari ini dan saya mengharapk­an beliau dapat meneruskan rentak ini.”

Salah menjaringk­an gol kedua pada minit ke-71 untuk berada lima gol di hadapan penyerang Tottenham Hotspur, Harry Kane dalam saingan Anugerah Kasut Emas (penjaring terbanyak) Liga Perdana.

Tetapi Klopp mula gelisah apabila Jay Rodriguez merapatkan kedudukan buat West Brom pada minit ke-78 dan kekecewaan jelas tergambar di wajah beliau apabila Salomon Rondon menanduk tendangan percuma Chris Brunt pada minit ke-88 untuk mengikat kedudukan.

Klopp, yang merehatkan lima pemain menjelang perlawanan menentang Roma, juga mendakwa West Brom membuang tenaga untuk menjaringk­an gol penyamaan kerana ia tidak akan membawa sebarang perubahan kerana mereka hampir pasti akan tersingkir dari Liga Perdana Inggeris. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia