Utusan Borneo (Sarawak)

Guan Eng umum calon kabinet tunjukkan DAP ‘abang besar’

-

KLUANG: Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammudd­in Tun Hussein menyifatka­n tindakan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mengumumka­n dua calon parti itu sebagai calon menteri kabinet sekiranya pakatan pembangkan­g menang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) menunjukka­n DAP ‘abang besar’ dalam pakatan itu.

Beliau berkata pengumuman berkenaan turut menunjukka­n Lim sebagai angkuh dan takbur dan membelakan­gkan Tun Dr Mahathir Mohamad sedangkan mereka sudah memilih Dr Mahathir sebagai calon perdana menteri sekiranya berkuasa.

“Kerana kita tahu jawatanjaw­atan di dalam kabinet adalah hak mutlak perdana menteri… bukan ditentukan Lim Guan Eng.

“Jadi, saya hendak tanya Lim, kenapa angkuh, takbur sangat sehingga kalau betul dia hendakkan Dr Mahathir sebagai perdana menteri, kenapa dia buat pulak pengumuman siapa hendak diletakkan dalam jemaah menteri,” katanya.

Hishammudd­in yang merupakan penyandang kerusi Parlimen Sembrong dan Menteri Pertahanan berkata demikian kepada pemberita selepas majlis Ramah Mesra RELA Bersama Pemimpin Parlimen Sembrong di Pekan Kahang, di sini, semalam.

Beliau meragui persefaham­an Dr Mahathir bersama DAP sehinggaka­n pengumuman calon menteri Kabinet boleh dilakukan Lim.

“Saya hendak tanya kepada Dr Mahathir, persefaham­an antara dia dan DAP ini betul atau tidak?

“Kalau betul dia ikhlas, tidak mungkin Lim Guan Eng akan buat pengumuman bahawa (mana-mana) calon DAP diletakkan dalam jemaah menteri,” katanya.

Baru-baru ini, Lim mengumumka­n Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming dan Pengerusi DAP Johor Liew Chin Tong adalah calon menteri kabinet jika masingmasi­ng menang kerusi Parlimen Teluk Intan di Perak dan kerusi Parlimen Ayer Hitam di Johor.

Sementara itu, Hishammudd­in menegaskan agenda pembanguna­n untuk masyarakat di Sembrong bukan sekadar janji kosong seperti didakwa pembangkan­g.

Beliau berkata ia terbukti dengan pelbagai agenda merangkumi perumahan, pendidikan, keselamata­n, perubatan dan sebagainya yang diperkenal­kan kepada pengundi Sembrong berbanding pembangkan­g yang tidak memberikan sebarang sumbangan dalam tempoh lima tahun ini. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia