Utusan Borneo (Sarawak)

PEMANDU KENDERAAN MAUT

Seorang maut, seorang parah SUV terbabas di Jalan Kuching-Sri Aman semalam.

- Oleh Mohd Shafik Ahmad

SERIAN: Seorang maut manakala seorang lagi cedera parah apabila kenderaan utiliti sukan (SUV) yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan di Kilometer 96 Jalan Kuching-Sri Aman di sini semalam.

Insiden dipercayai berlaku kira-kira jam 1.25 petang apabila kenderaan yang dipandu Ennie Lindang, 69, dikatakan hilang kawalan ketika melalui selekoh lalu terbabas ke tebing sebelah kiri jalan.

Ekoran kemalangan itu, Ennie disahkan meninggal dunia oleh pihak hospital yang tiba di tempat kejadian.

Sementara seorang lagi mangsa, Mini Ringkai, 45, cedera parah di leher, muka dan beberapa bahagian badannya.

Mini telah dihantar ke hospital untuk menerima rawatan lanjut.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik Sarawak Superinten­den Alexson Naga Chabu mengesahka­n menerima laporan kejadian itu.

“Siasatan di tempat kejadian mendapati kenderaan yang dipandu mangsa bergerak dari arah Sri Aman menuju ke Serian.

“Namun kenderaan itu hilang kawalan ketika melalui kawasan selekoh lalu terbabas berhampira­n Kampung Ensebang Kuari,” katanya.

Menurutnya, kedua-dua mangsa berjaya dikeluarka­n oleh anggota bomba sebelum diserahkan kepada pihak polis dan ambulans untuk tindakan lanjut.

Kes itu disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987.

 ??  ?? TERSADAI: Beginilah keadaan kenderaan mangsa selepas kemalangan tersebut. MAUT: Mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
TERSADAI: Beginilah keadaan kenderaan mangsa selepas kemalangan tersebut. MAUT: Mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia