Utusan Borneo (Sarawak)

Wenger letak jawatan pada akhir musim

-

L O N - DON, E n g - l a n d : A r s e n e W e n g e r akhirnya akan menamatkan 22 tahun sebagai pengurus Arsenal pada akhir musim ini, menurut pengumuman jurulatih dari Perancis itu Jumaat lepas. “S e l e p a s pertimbang­an berhati-hati dan juga e k o - ran perbincang­an dengan kelab, saya merasakan ia adalah masa yang sesuai untuk saya meletak jawatan pada akhir musim,” kata Wenger dalam satu kenyataan yang disiarkan menerusi laman sesawang rasmi kelab.

“Saya berterima kasih kerana mempunyai penghormat­an untuk berkhidmat dengan kelab untuk sekian lama.”

Wenger, 68, memenangi kejuaraan Liga Perdana Inggeris sebany a k tiga kali, satus a t u pasuk a n y a n g m e n g - harungi satu musim penuh tanpa kal ah dalam liga ketika muncul juara pada musim 2003/2004 dan menjulang Piala FA sebanyak tujuh kali.

Bagaimanap­un, beliau semakin tertekan untuk meletak jawatan dari penyokong kelab sejak beberapa musim selepas Arsenal gagal memenangi kejuaraan liga selama 14 tahun dan berada dalam risiko gagal layak beraksi dalam Liga Juara-Juara untuk musim kedua berturut-turut.

Satu-satu peluang realistik untuk Arsenal beraksi dalam Liga Juara-Juara musim hadapan ialah dengan memenangi kejohanan Liga Europa, di mana Arsenal akan berdepan Atletico Madrid di separuh akhir pada 27 April dan 4 Mei.

“Saya menggesa penyokong untuk terus memberikan sokongan kepada pasukan sehingga ke akhirnya,” tambah Wenger.

“Kepada semua penyokong Arsenal yang menghargai nilai kelab. Rasa sayang dan sokongan saya sentiasa kekal.”

Pemegang saham majoriti Arsenal, Stan Kroenke, memberikan penghargaa­n kepada seorang ‘yang berada dalam kelas tersendiri’.

“Semua orang yang menyayangi Arsenal dan semua orang yang menyukai bola sepak berhutang dengan beliau,” kata Kroenke, yang membeli saham majoriti kelab pada 2011.

“Salah satu sebab kami terlibat dengan Arsenal adalah kerana apa yang Arsene bawa ke kelab dalam dan luar padang. Konsistens­i dan tempoh lama beliau di peringkat tertinggi bola sepak tidak akan diatasi.”

Arsenal menambah bahawa pengganti Wenger akan “dicari secepat mungkin”.

Wenger mengisi jawatan di Arsenal pada Oktober 1996 tetapi dengan cepat membina satu revolusi dalam bola sepak Inggeris dengan mengubah diet dan pemakanan pemain selain menamatkan budaya gemar minum minuman keras yang sering menyelubun­gi kelab sejak bertahun-tahun.

Keputusan kemudian muncul dengan Arsenal menewaskan Manchester United untuk muncul juara pada 1997/1998 dan menang sekali lagi empat tahun kemudian.

Pencapaian terhebat beliau ialah pada musim 2003/2004 apabila skuad ‘Tak Terkalah’ beliau bukan hanya mendapat pujian kerana kemenangan tetapi corak permainan menyerang yang menghiburk­an. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia