Utusan Borneo (Sarawak)

Mobile CTC jelajah Saratok selepas Bintangor

-

SARATOK: Program Transforma­si Komuniti Bergerak (Mobile CTC) akan menjadikan Saratok sebagai destinasi keduanya, selepas Bintangor.

Pegawai Kewangan Persekutua­n, Perbendaha­raan Malaysia Sarawak Mohd Saiful Sungkih berkata, program ini dianjurkan bagi memberi perkhidmat­an, khususnya daripada agensi dan jabatan kerajaan agar lebih dekat dan secara terus kepada rakyat.

“Pada kali ini, program ini lebih meriah kerana ia berlangsun­g serentak dengan Program Sejiwa Senada Saratok.

“Mobile CTC Saratok cukup istimewa kerana bekerjasam­a dengan Jabatan Ketua Menteri, Kerajaan Negeri Sarawak,” katanya semalam.

“Antara program yang dijalankan adalah cabutan bertuah, Pentas Rakyat, senamrobik, gusti lengan dan aktiviti CSR.

“Selain itu, CTC memberi perkhidmat­an dan bantuan nasihat agensi kepada penduduk setempat,” tambahnya.

Program Mobile CTC diselaras Perbendaha­raan Ma- laysia Sarawak, Kementeria­n Kewangan Malaysia bersama Jabatan Ketua Menteri, Pejabat Residen Bahagian Betong dan Pejabat Daerah Saratok.

Mobile CTC menyasarka­n penduduk luar bandar dan pedalaman yang tidak mudah mendapatka­n perkhidmat­an kerajaan.

Menurut Mohd Saiful, antara program sempena Mobile CTC Saratok adalah Program Khidmat Masyarakat melalui kerja-kerja baik pulih Tabika KEMAS Taman Seroja Indah Saratok yang dilaksanak­an warga KEMAS dan ibu bapa bersama komuniti tempatan.

“Dengan perkhidmat­an yang disediakan, komuniti Saratok dan komuniti di sekitarnya mendapat manfaat menerusi program yang dis- ampaikan kerajaan kepada semua lapisan masyarakat dengan sebaik mungkin,” katanya.

Majlis perasmian Program Mobile Community Transforma­tion Centre (MOBILE CTC) Saratok disempurna­kan Ahli Dewan Undangan Negeri Kalaka Datuk Abdul Wahab Aziz di Pentas Utama Sejiwa Senada Saratok pada Ahad ini.

 ??  ?? SEDIA BERKHIDMAT: Petugas Perbendaha­raan Malaysia Sarawak membuat persiapan pameran Mobile CTC sempena Program Sejiwa Senada dan Mobile CTC.
SEDIA BERKHIDMAT: Petugas Perbendaha­raan Malaysia Sarawak membuat persiapan pameran Mobile CTC sempena Program Sejiwa Senada dan Mobile CTC.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia