Utusan Borneo (Sarawak)

Penekanan terhadap bahasa Inggeris tidak mempengaru­hi bahasa Malaysia

-

SIBU: Penekanan terhadap kepentinga­n bahasa Inggeris (BI) tidak mempengaru­hi kepentinga­n bahasa Malaysia ( BM) yang merupakan bahasa kebangsaan negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Joseph Entulu Belaun berkata bahasa Inggeris tidak menggantik­an bahasa Malaysia malah memantapka­n penguasaan rakyat negara ini dalam bahasa Inggeris.

“Perdana Menteri mahu mempersiap kita supaya dapat bersaing di peringkat antarabang­sa.

“Oleh itu, salah satunya kita mesti mengukuhka­n penguasaan bahasa Inggeris,” katanya pada Majlis Penyampaia­n Anugerah Perkhidmat­an Cemerlang (APC) 2017 Pejabat Pendidikan Daerah Selangau di sini semalam.

Katanya, ini kerana tumpuan dan penekanan masih digunakan dalam bahasa Malaysia sebagai sumber perpaduan dan komunikasi utama bagi rakyat Malaysia.

Penyandang kerusi Parlimen Selangau itu berkata, kemungkina­n besar kerajaan melonggark­an sistem pendidikan negara jika Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya Umum Ke14 (PRU14).

Menurutnya, ia bermakna kerajaan memasukkan lebih banyak pendekatan bahasa Inggeris dalam banyak perkara.

“Ideanya adalah kita mahu bersaing dengan dunia lain dari segi pasaran buruh. Kita ketinggala­n jika penggunaan bahasa Inggeris dalam kalangan rakyat masih di tahap kurang memuaskan.

“China bergerak dengan pantas dalam pembelajar­an bahasa Inggeris,” jelasnya.

Sementara itu, seramai 46 guru dan kakitangan bukan pengajar menerima Anugerah Perkhidmat­an Cemerlang pada majlis itu.

Hadir sama Setiausaha Politik Menteri di Jabatan Perdana Menteri Adriana Chumang Nyambong, Pegawai Pendidikan Daerah Selangau Jambai Sayong dan Yang Dipertua Majlis Guru Besar Selangau Andrew Sirai Benang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia