Utusan Borneo (Sarawak)

Lapan didakwa terbabit kes rogol, bunuh budak perempuan di Jammu-Kashmir

-

SRINAGAR: Lapan lelaki yang didakwa terlibat dalam kes merogol dan membunuh seorang budak perempuan beragama Islam berusia lapan tahun di wilayah Jammu dan Kashmir di India telah hadir di mahkamah semalam untuk perbicaraa­n pertama dalam satu kes yang menimbulka­n kemarahan di seluruh negara dan kritikan terhadap parti pemerintah.

Rasa jijik terhadap jenayah kejam itu telah membawa kepada bantahan di beberapa bandar di sekitar India sejak beberapa hari lepas, dengan kemarahan ditambahka­n dengan sokongan bagi tertuduh pada awalnya yang ditunjukka­n oleh para menteri Parti Bharatiya Janata pimpinan Perdana Menteri Narendra Modi.

Bantahan turut memberi tumpuan terhadap satu lagi insiden rogol didakwa melibatkan seorang anggota BJP di wilayah yang dibelenggu jenayah, paling ramai penduduk dan miskin di Uttar Pradesh.

Lebih banyak rali menuntut tindakan terhadap perogol dan keganasan terhadap wanita telah dijangkaka­n semalam di ibu negara dan Ahmedabad, bandar utama wilayah yang merupakan kampung halaman Modi di Gujarat.

Budak perempuan dari sebuah komuniti nomad yang berkeliara­n di hutan Kashmir telah diberikan dadah, dikurung di sebuah kuil dan diserang secara seksual selama seminggu sebelum dicekik dan direjam dengan batu pada Januari lepas, kata polis.

Menurut dokumen dakwaan penculikan, merogol dan membunuh budak perempuan itu adalah sebahagian daripada satu rancangan untuk menghalau kumpulan nomad dari daerah Kathua di Jammu, bahagian yang mempunyai ramai penduduk Hindu di satu-satunya wilayah majoriti Islam di India.

Ketua kumpulan, birokrat bersara Sanji Ram, menjaga sebuah kuil kecil Hindu di mana budak perempuan itu telah dikurung dan diserang. Dua daripada lapan lelaki yang dibicaraka­n adalah anggota polis yang dituduh menerima rasuah untuk menghalang siasatan.

Selepas perbicaraa­n awal semalam, hakim menangguhk­an kes sehingga 28 April.

Sebelum perbicaraa­n, peguam yang mewakili keluarga mangsa berkata beliau telah diugut akan dirogol dan dibunuh kerana membangkit­kan kesnya, dan meminta agar perbicaraa­n dilakukan di luar Jammu dan Kashmir.

“Saya telah diugut kelmarin. Saya akan memberitah­u Mahkamah Agung bahawa saya berada dalam keadaan bahaya,” kata peguam Deepika Singh Rawat yang telah berusaha bagi satu siasatan wajar sejak mayat budak perempuan itu ditemui pada Januari. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia