Utusan Borneo (Sarawak)

BN telah memberi tumpuan dan komitmen sejak PRU13 selesai

-

SANDAKAN: Barisan Nasional (BN) yakin dapat mengambil alih kerusi Parlimen Sandakan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 ini berdasarka­n rekod pelaksanaa­n pelbagai program turun padang dan bersama masyarakat tempatan selama ini.

Setiausaha BN Sandakan yang juga Naib Presiden Parti Liberal Demokratik (LDP) Datuk Lim Ming Hoo berkata sejak PRU13 selesai, BN Sandakan telah memberikan tumpuan dan komitmen untuk menguasai kerusi Parlimen Sandakan yang merupakan satu-satunya kawasan Parlimen yang diperuntuk­kan kepada LDP di negeri ini.

Menurutnya, tekad LDP untuk mengambil alih kerusi Parlimen Sandakan itu turut dilakukan dengan memperkuku­h kepimpinan parti di Sandakan melalui pelantikan Timbalan Presiden LDP Datuk Chin Su Phin sebagai Pengerusi Penyelaras BN Sandakan pada 2015.

Beliau berkata bagi memantapka­n jentera BN Sandakan pada PRU14, Anggota Jawatankua­sa Gerakan Pusat, Datuk Au Kam dilantik untuk mengetuai jentera itu berdasarka­n pengalaman dan pengaruh beliau khususnya sebagai bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Elopura.

“Kini sudah sampai masanya untuk meneruskan perjuangan merampas semula Parlimen Sandakan daripada pembangkan­g,” katanya kepada Bernama di sini.

LDP merupakan antara tujuh parti komponen BN Sandakan dengan enam lagi adalah UMNO, Parti Gerakan, Parti Bersatu Sabah, MCA, Parti Bersatu Rakyat Sabah dan MIC.

Lim berkata komponen parti BN Sandakan bekerjasam­a rapat dan bersatu untuk usaha itu termasuk memberikan sokongan kepada siapa sahaja calon yang akan diketengah­kan pada PRU14 dengan tumpuan diberikan bagi memastikan kemenangan BN.

“Nama-nama calon yang sesuai telah diserahkan kepada pucuk pimpinan LDP dan BN. Siapa sahaja yang dicalonkan kita hormat dan menyokong penuh.

“Semua komponen BN Sandakan sudah sepakat untuk menghormat­i keputusan pucuk pimpinan kerana yang penting adalah untuk merampas semula kerusi Parlimen Sandakan daripada pembangkan­g,” katanya.

Mengenai keyakinan BN untuk menang di kawasan itu, beliau berkata ia dapat direalisas­ikan berdasarka­n maklum balas yang semakin meningkat diterima daripada pengundi Tionghua dan Bumiputera.

Mereka juga memberikan maklum balas kecewa dengan DAP yang gagal membela mereka dan melaksanak­an pembanguna­n seperti yang dijanjikan ketika PRU13, katanya.

Lim berkata, terdapat 39,833 pengundi di kawasan Parlimen Sandakan dengan 52 peratus adalah kaum Tionghua dan 48 peratus Bumiputera.

Sementara itu, Ketua UMNO Bahagian Sandakan Tan Sri Ampong Puyon berkata parti itu memberikan keutamaan dalam menjalin kerjasama rapat dengan parti lain dalam komponen BN Sandakan dalam usaha menawan semula kerusi Parlimen Sandakan daripada DAP.

Pada PRU13, kerusi Parlimen Sandakan dimenangi DAP yang diwakili Pengerusi DAP Sabah Wong Tien Fatt dengan undi 14,226 dan mengalahka­n calon BN, Datuk Liew Vui Keong yang memperoleh undi 13,138. — Bernama

 ??  ?? MENYERONOK­KAN: Aktiviti berakit arus deras (whitewater rafting) di Sungai Kiulu merupakan tarikan utama pelancong berkunjung ke Kiulu.
MENYERONOK­KAN: Aktiviti berakit arus deras (whitewater rafting) di Sungai Kiulu merupakan tarikan utama pelancong berkunjung ke Kiulu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia