Utusan Borneo (Sarawak)

Memenangi Liga Juara-Juara lebih penting berbanding raih anugerah individu: Salah

-

LONDON, England: Penyerang Liverpool, Mohamed Salah berkata membantu pasukan memenangi Liga Juara-Juara adalah lebih penting berbanding mana-mana anugerah individu yang boleh beliau capai musim ini.

Penyerang antarabang­sa Mesir itu menjaringk­an 40 gol dalam semua pertanding­an musim ini ketika Liverpool menewaskan Bournemout­h 3-0 dalam aksi Liga Perdana Inggeris Sabtu lepas dan mendahului senarai pemenang Kasut Emas Eropah.

Liverpool menewaskan Manchester City 5-1 secara agregat pada perlawanan suku akhir Liga Juara-Juara bulan ini dan akan bertemu dengan AS Roma di separuh akhir dengan Salah berharap untuk dapat mengekalka­n rentaknya.

“Untuk memenangi Liga Juara-Juara,” kata Salah apabila ditanya jika beliau lebih suka memenangi pertanding a n atau anugerah individu. “J i k a a n d a m e m - punyai pilihan,

maka sudah tentu saya mahu memenangi Liga Juara-Juara.

“Memenangi Liga JuaraJuara sangat besar untuk semua orang. Saya tidak kisah tentang perkara lain.”

Salah sudah menjaringk­an 30 gol dalam 32 perlawanan liga untuk Liverpool pada musim sulung beliau di Anfield dan menjadi pilihan untuk memenangi Anugerah Pemain Terbaik Persatuan Pemain Profesiona­l (PFA).

Liverpool menentang West Bromwich Albion dalam liga pada 21 April sebelum perlawanan pertama Liga JuaraJuara menentang Roma. — Reuters

 ??  ?? SALAH
SALAH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia