Utusan Borneo (Sarawak)

Dua lori dan sebuah bot dengan empat enjin kuasa kuda setiap satu turut dirampas

-

ALOR GAJAH: Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua merampas 170,000 peket rokok tidak sah bernilai RM1.71 juta termasuk cukai di Pangkalan Nelayan Sungai Nipah, Lukut di Port Dickson, Negeri Sembilan empat hari lepas.

Komander PPM Wilayah Dua ACP Paul Khiu Khon Chiang berkata pihaknya turut merampas dua lori dan sebuah bot dengan empat enjin kuasa kuda setiap satu bernilai keseluruha­n RM380,000 dalam serbuan Ops Gelora di perairan Negeri Sembilan kira-kira jam 9 malam pada Sabtu.

Beliau berkata rokok yang dirampas adalah jenama Canyon dan Luffman yang dipercayai dibawa masuk dari negara jiran menggunaka­n bot yang dirampas.

“Ketika serbuan dilakukan, rokok berkenaan sedang dipunggah ke dalam dua lori oleh sekumpulan lelaki dipercayai lebih daripada 10 orang.

“Bagaimanap­un, sebaik menyedari kehadiran anggota polis marin di lokasi berkenaan, kumpulan lelaki tersebut melarikan diri ke dalam hutan berhampira­n bagi mengelak ditahan,” katanya pada sidang media di Markas Taktikal (MARTEK) PPM Wilayah Dua Kuala Linggi di sini semalam.

Turuthadir­PegawaiPem­er-

Ketika serbuan dilakukan, rokok berkenaan sedang dipunggah ke dalam dua lori oleh sekumpulan lelaki dipercayai orang. ” lebih daripada 10 ACP Paul Khiu Khon Chiang Komander PPM Wilayah Dua

intah Zon Barat Wilayah Dua DSP Nordin Osman dan Pegawai Pemerintah PPM Melaka/Negeri Sembilan ASP Steel Entai.

Khiu berkata siasatan awal mendapati kumpulan lelaki tersebut dipercayai terdiri daripada warga asing dan tempatan.

Beliau berkata siasatan terperinci sedang dilakukan bagi mengenal pasti lori yang digunakan sama ada milik perseorang­an atau syarikat kerana satu daripada lori terbabit menggunaka­n jenama syarikat pengeluar telur terkenal.

Katanya kawasan serbuan berkenaan merupakan satu daripada lokasi panas yang dikenal pasti sebagai ‘port’ kegiatan penyeludup­an rokok di perairan selatan.

“Kita percaya 340 kotak rokok tersebut dibawa masuk untuk dijual di pasaran tempatan di Semenanjun­g Malaysia dan kes disiasat di bawah Seksyen 135 ( 1)( e) Akta Kastam 1967,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata berdasarka­n statistik pada tahun ini hingga semalam, sebanyak 319,260 bungkus rokok tidak sah bernilai RM4.58 juta berjaya dirampas oleh PPM Wilayah Dua melibatkan tiga kes.

Dalam pada itu, katanya PPM Wilayah Dua sentiasa melakukan rondaan bagi membantera­s kegiatan penyeludup­an melalui perairan negara selain pihaknya mengalu-alukan maklumat daripada orang awam di talian 07-2372222 atau 072376122. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BANTU SIASATAN: Tiga lelaki termasuk seorang warga India direman lima hari mulai semalam oleh Mahkamah Majistret bagi membantu siasatan berhubung sindiket pengeluara­n sijil akademik menggunaka­n nama beberapa institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) di...
— Gambar Bernama BANTU SIASATAN: Tiga lelaki termasuk seorang warga India direman lima hari mulai semalam oleh Mahkamah Majistret bagi membantu siasatan berhubung sindiket pengeluara­n sijil akademik menggunaka­n nama beberapa institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) di...
 ?? — Gambar Bernama ?? HASIL RAMPASAN: Khiu (dua kiri) menunjukka­n rokok tidak sah yang dirampas, pada sidang akhbar di Alor Gajah, semalam. Turut hadir Nordin (kiri).
— Gambar Bernama HASIL RAMPASAN: Khiu (dua kiri) menunjukka­n rokok tidak sah yang dirampas, pada sidang akhbar di Alor Gajah, semalam. Turut hadir Nordin (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia