Utusan Borneo (Sarawak)

Kelulusan permohonan geran MRP diberi mengikut keutamaan: Gerawat

-

MIRI: Kelulusan permohonan geran projek kecil luar bandar (MRP) akan diberikan mengikut keutamaan, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mulu Datuk Gerawat Gala.

Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri ( DUN) Sarawak itu berkata, beliau menerima beberapa permohonan geran MRP namun mengakui tidak dapat memenuhi semua permohonan itu kerana dana terhad.

“Kita mempertimb­ang projek menjadi keutamaan manakala projek besar memerlukan peruntukan besar akan disalurkan melalui agensi dan kementeria­n berkaitan.

“Setiap geran MRP dilulus dan diberi oleh kerajaan untuk projek tertentu bagi memanfaatk­an komuniti di kawasan itu.

“Sekiranya penerima MRP gagal melaksana dan menyiapkan projek, kita mungkin tidak dapat mempertimb­ang permohonan peruntukan pada masa depan,” katanya.

Berucap pada majlis ringkas penyampaia­n geran MRP di Pusat Khidmat ADUN Mulu di sini semalam, Gerawat menambah penerima mesti memastikan projek tersebut dilaksanak­an selain memberi laporan perkembang­an dan kejayaan projek kepada ADUN.

Gerawatber­kata,wangMRP tidak sewajarnya disimpan dalam akaun organisasi untuk kegunaan lain selain tujuan permohonan diluluskan.

Sejumlah RM503,600 geran MRP berbentuk cek disampaika­n masing-masing kepada 42 penerima terdiri daripada persatuan dan Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK).

Antara persatuan dan organisasi menerima geran ialah Persatuan Lun Bawang Sarawak, Persatuan Bisaya Sarawak, Persatuan Masyarakat Saban Miri, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan ( SK) Bario, SK Long Lellang, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bario, SK Long Lamei, Rurum Kelabit Sarawak dan Persatuan Kebangsaan Kenyah Sarawak.

 ??  ?? GUNA SEBAIKNYA: Gerawat bersama wakil PIBG, JKKK dan persatuan yang menerima geran MRP di pejabat ADUN Mulu semalam.
GUNA SEBAIKNYA: Gerawat bersama wakil PIBG, JKKK dan persatuan yang menerima geran MRP di pejabat ADUN Mulu semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia