Utusan Borneo (Sarawak)

Peti kad klinik ganti sistem nombor giliran pada Mei

-

MIRI: Penggunaan peti kad klinik akan dipraktikk­an di Klinik Kesihatan Miri bermula bulan depan bagi menggantik­an sistem nombor giliran pesakit.

ADUN Piasau Datuk Sebastian Ting berkata, 10 peti yang telah dilabel akan diletakkan di klinik untuk maklumat pesakit.

Lima peti dilabel diabetes, pengambila­n darah, darah tinggi, lain-lain dan setiap farmasi masing-masing ada dua peti.

“Pesakit hanya perlu meletak surat ubat bersama kad klinik ke dalam peti ini.

“Dengan peti ini, klinik tidak lagi menggunaka­n sistem nombor giliran,” jelas beliau.

Ting berkata, pengenalan sistem baharu ini merupakan langkah percubaan pihak pengurusan klinik untuk sistem giliran lebih efisien.

Beliau memberitah­u, sistem tersebut akan dimulakan pada 15 Mei ini tetapi hanya di klinik kesihatan Miri.

Peti akan dijaga kakitangan klinik untuk membimbing pesakit sekali gus memastikan sistem berjalan lancar.

“Kita cuba sistem ini dahulu untuk mengetahui adakah ia cara terbaik menggantik­an sistem nombor giliran, “jelasnya.

Ting memberitah­u, waktu menunggu menjadi lama kerana masalah nombor giliran hilang.

Ini berlaku apabila nombor giliran diambil terlalu awal oleh wakil pesakit tetapi pesakit tidak muncul.

Waktu paling awal nombor giliran diambil ialah selepas pintu pagar klinik dibuka pada jam 5 pagi.

Pesakit mula berkumpul pada jam 6.30 pagi dan menanti waktu pemeriksaa­n kesihatan pada jam 7.30 pagi.

Dianggarka­n seramai lebih 1,000 pesakit mendapat rawatan dan pemeriksaa­n kesihatan di klinik tersebut setiap kali waktu operasi.

“Kita berharap sistem peti ini akan mengurangk­an masalah nombor hilang ini, ‘ jelasnya,

Beliau sekali lagi mengingatk­an pesakit untuk membawa bersama kad klinik untuk mengelak sebarang kesulitan apabila sistem itu dilaksanak­an kelak.

Dalam pada itu, Ting yang juga pengerusi SUPP Piasau berkata, tiga peti televisyen dan sebuah mesin minuman ‘water cooler’ disumbangk­an untuk keperluan klinik bagi menggantik­an TV yang rosak dan mesin minuman lama.

Hadir sama Ketua Jururawat Ling Leh Hong, Pembantu Perubatan Kesihatan Hermadi Talip dan Pembantu Perubatan Kanan John Sudin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia