Utusan Borneo (Sarawak)

M & J Agricultur­e galak golongan muda ceburi pertanian

-

SIBU: M & J Agricultur­e Sdn Bhd, sebuah syarikat berkaitan pertanian milik Bumiputera mempunyai misi untuk menggalakk­an golongan muda menceburi bidang pertanian.

Pengarah Urusannya, Flora Syareena John berkata, syarikat juga bersedia memberi bimbingan dan latihan kepada golongan muda dalam aktiviti tersebut.

“Kita amat menggalakk­an generasi muda untuk menceburi bidang pertanian dan mahu mereka melihat potensi besar yang ada dalam bidang pertanian ini.

“Jika boleh, kita mahu membuka dan mengubah pemikiran mereka agar tidak terus mengharapk­an untuk bekerja makan gaji. Gunakan tanah yang ada sebaik mungkin,” ujarnya kepada pemberita, semalam.

Flora ditemui selepas majlis perasmian pejabat M & J Agricultur­e Sdn Bhd di Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce. Majlis perasmian dilakukan oleh Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Lada Malaysia (LLM), Dr Elli Luhat.

Hadir sama ialah Ketua Pegawai Eksekutif M & J Agricultur­e, John Agong, Penolong Pengarah Urusan, Zainorman Zainon serta yang lain.

Menurut Flora, syarikat ditubuhkan pada 14 Ogos tahun lepas dan tertumpu kepada tanaman lada, getah, vanila serta penternaka­n ikan empurau.

Sebagai permulaan katanya, syarikat akan mengusahak­an tanaman lada di atas tanah seluas tujuh ekar di Julau.

“Untuk satu ekar, kita akan menanam 2,000 pohon lada. Ladang ini juga akan menggunaka­n teknologi baharu dalam penanaman lada untuk meningkat pengeluara­n dan hasil,” jelasnya.

Di samping itu, syarikat juga mahu menjadi sebuah syarikat pengekspor­t utama lada di negara ini.

Sementara menurut Elli, bidang pertanian merupakan suatu bidang yang harus diceburi oleh semua.

“Saya melihat bidang pertanian ini merupakan suatu bidang yang perlu diceburi semua. Industri pertanian ini bagi saya tidak merugikan untuk diceburi.

“Selagi kita terus menanam, selagi itu kita akan mendapat hasilnya, berbeza dengan industri atau bidang yang lain,” ujarnya.

Elli juga berjanji untuk terus memberi sokongan kepada pihak pengurusan M & J Agricultur­e, yang dilihat sebagai sebuah syarikat Bumiputera pertama yang menceburi perniagaan lada.

 ??  ?? RASMI: Elli (berdiri, empat kanan) merakamkan kenangan bersama kakitangan syarikat M & J Agricultur­e selepas majlis perasmian. Turut kelihatan Zainorman, Flora dan John.
RASMI: Elli (berdiri, empat kanan) merakamkan kenangan bersama kakitangan syarikat M & J Agricultur­e selepas majlis perasmian. Turut kelihatan Zainorman, Flora dan John.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia