Utusan Borneo (Sarawak)

Bantu kurangkan bebanan kos sara hidup golongan yang berpendapa­tan rendah iaitu B40

-

BATU PAHAT: Program Jimat Belanja Dapur (JBD) anjuran Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutua­n (FAMA) bakal diteruskan dan diperluask­an ke setiap negeri, kata Ketua Setiausaha Kementeria­n Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Dr Ismail Bakar.

Beliau berkata Program Jimat Belanja Dapur itu merupakan satu daripada inisiatif kerajaan dalam mem- bantu mengurangk­an bebanan kos sara hidup golongan berpendapa­tan rendah iaitu B40.

“Usaha secara berterusan ini bukan bersifat pemberian sekali tetapi ia akan dilakukan di seluruh negara melibatkan semua produk makanan proses dan mentah yang dibawa terus dari ladang untuk manfaat pengguna agar mereka dapat menikmati harga berpatutan.

“Pelbagai barangan keper- luan harian dengan potongan harga antara lima hingga 20 peratus ditawarkan bagi pengguna,” kata beliau kepada pemberita ketika ditemui di Program Jimat Belanja Dapur, di sini semalam.

Program yang diadakan di Pekan Sri Medan di sini mendapat sambungan hangat apabila menerima kunjungan lebih 2,000 pengunjung.

Pada majlis itu, Ismail sempat meninjau tapak jualan berkenaan ditemani Ahli Parlimen Parit Sulong Datuk Noraini Ahmad dan anggota Dewan Undangan Negeri Sri Medan Datuk Zulkurnain Kamisan.

Seorang pengunjung Nordiana Idayu Salleh berkata barangan yang dijual pada program itu jauh lebih murah dan berbaloi untuk dibeli.

“Semua barang dapur yang dijual hari ini (semalam) berpatutan berbanding di luar. Contoh harga sebiji kubis di luar adalah RM3 sebiji tapi di sini saya beli dengan harga RM2 sebiji,” kata wanita berusia 26 tahun itu.

Senada dengan Nordiana ialah seorang suri rumah, Sarimah Ismail, 49, yang menyifatka­n tawaran barangan keperluan yang dijual murah dan segar.

“Saya berpuas hati dengan tawaran harga yang agak murah dan ini sedikit sebanyak membantu meringanka­n beban kami,” kata ibu kepada enam anak itu.

Bagi warga emas berusia 70 tahun, Sarah Rashid berkata program seperti ini sangat diperlukan bagi golongan yang tidak bekerja dan berusia sepertinya.

“Saya datang dengan jiranjiran dari jam 7 pagi tadi (semalam) dan memang barang segar, elok dan harga di sini murah kalau nak dibandingk­an di luar sana.. Eloklah dilakukan sekerap yang mungkin,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia