Utusan Borneo (Sarawak)

Pemberita sambilan AFP terkorban dalam bedilan di Yaman

-

ADEN: Seorang jurugambar dan juruvideo yang menyumbang kepada AFP, Abdullah al-Qadry, terkorban dalam bedilan di tengah negara kelmarin, kata rakan setugasnya.

Qadry meninggal dunia ketika melakukan tugasan untuk televisyen Belqees di Yaman, menurut pihak stesen.

Seorang sumber keselamata­n berkata pemberonta­k Huthi Syiah adalah dalang bedilan tersebut.

Tiga wartawan lagi tercedera dalam bedilan di Qaniyah, berhampira­n sempadan di antara wilayah Marib dan Baida di tengah negara.

Qadry meninggal dunia akibat kecederaan terkena serpihan di bahagian lehernya, menurut seorang doktor di hospital di mana beliau dirawat.

Seorang wartawan berusia 30-an, beliau sudah berkahwin selama setahun dan mempunyai seorang anak.

Beberapa wartawan yang bertugas dengan Qadry memuji keberanian dan kesungguha­n beliau.

Qaniyah dirampas semula oleh pasukan tentera prokerajaa­n pada Rabu lepas dan pertempura­n sengit di kawasan itu berterusan.

Jurugambar AFP di Yaman Saleh Al-Obeidi mengalami kecederaan serius pada April 2017 semasa pengeboman oleh pemberonta­k berhampira­n Mokha di barat daya negara.

Sejak Mac 2015, sekurangku­rangnya 15 wartawan terbunuh di Yaman, menurut Jawatankua­sa bagi Melindungi Wartawan (CPJ).

Konflik di Yaman sudah berlanjuta­n selama tiga tahun, membabitka­n pasukan tentera prokerajaa­n yang dibantu oleh negara jiran Arab Saudi dan sekutunya menentang pemberonta­k Huthi yang disokong oleh Iran.

Pihak Huthi mengawal bandar utama Sanaa.

Hampir 10,000 orang terkorban dan lebih 54,000 tercedera dalam apa yang dikatakan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ( PBB) sebagai salah satu “krisis kemanusiaa­n terburuk di dunia”. —

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia