Utusan Borneo (Sarawak)

Sarawak akan tubuh bilik darjah teknologi

-

KUCHING: Sarawak bakal menubuhkan sebuah bilik darjah teknologi di salah sebuah sekolahnya, selari dengan usaha untuk menghasilk­an anak muda yang mampu menangani pelbagai cabaran digital.

Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidik­an Teknologi Dato Sri Michael Manyin Jawong berkata, bilik darjah tersebut akan dilengkapi dengan komputer dan tablet untuk memudahkan pengajaran dan pembelajar­an.

“Kami akan memulakan satu kelas di sebuah sekolah terlebih dahulu dan jika model ini berjaya, ia akan diperluas ke sekolah lain,” katanya ketika melancarka­n Karnival Innocate 2018 bertemakan ‘Inovasi Pendidikan’ di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Batu Lintang di sini, semalam.

Menurut Manyin, idea untuk menjalanka­n pengajaran dan pembelajar­an melalui teknologi itu tercetus selepas lawatan kerja baru-baru ini ke Beijing, China.

“Jika sebuah sekolah awam di Beijing boleh menyediaka­n kemudahan canggih kepada guru dan pelajar, Sarawak juga dapat mengikutny­a.

“Kita perlu menyediaka­n anak-anak untuk Revolusi Industri (RI) 4.0 di samping memenuhi agenda pembanguna­n negeri ke arah ekonomi digital,” katanya.

Beliau menegaskan, Sarawak kini tiada pilihan apabila perlu melangkah dari RI 2.0 kepada RI 4.0 sekiranya mahu merealisas­ikan pembanguna­n ekonomi digitalnya.

Malah katanya, negeri ini juga perlu mengatasi banyak cabaran jika mahu mencapai RI 4.0 seperti Jepun, China, Korea Selatan dan India.

“Ia adalah perjalanan yang sukar, kita tidak mempunyai pilihan dan harus bergerak maju ke RI 4.0.

“Kita harus menyediaka­n anak-anak dari prasekolah, sekolah rendah sehingga ke sekolah menengah untuk bersedia menghadapi cabaran yang akan datang.

“Ini bermakna, kita tidak boleh lagi mengajar mengikut cara yang kita gunakan pada masa lalu tetapi kita perlu bergerak ke arah yang baharu,” katanya.

Turut hadir ialah pengarah IPG Kampus Batu Lintang, Jamiran Salam.

 ??  ?? TERUJA: Para pelajar turut serta dalam Karnival Innocate 2018 di IPG Kampus Batu Lintang, Kuching semalam.
TERUJA: Para pelajar turut serta dalam Karnival Innocate 2018 di IPG Kampus Batu Lintang, Kuching semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia