Utusan Borneo (Sarawak)

Cebisan rosak pada teks atau bahan al-Quran wajib dimulia

-

BINTULU: Cebisan rosak pada teks atau bahan alQuran wajib dimuliakan oleh umat Islam kerana kitab suci itu diturunkan oleh Allah SWT kepada umat Islam.

Justeru, Mufti Sarawak Datu Kipli Yassin berkata, upacara pelupusan abu alQuran di perairan Bintulu adalah bertepatan dengan kehendak hukum syarak.

“Misalnya, jika ada cebisan dan sebagainya hendaklah dimuliakan melalui pelupusan yang dibenarkan oleh syarak,” katanya.

Beliau berkata demikian sebelum menyertai Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak (MIS) Datu Misnu Taha, Pengarah Maritim Wilayah Sarawak, Laksamana Pertama Maritim Datuk Ismaili Bujang Pit pada program pelepasan dan pelupusan abu alQuran di perairan Bintulu semalam.

Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi Biport Bulkers Sdn Bhd (BBSB) Yusof Ibrahim mewakili Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Bintulu Port Holdings Berhad (BPHB) Datuk Mohammad Medan Abdullah berkata, program pemurnian abu al-Quran yang dilepas ke Laut China Selatan dilaksanak­an dengan sempurna dan selamat semalam.

“Penglibata­n Bintulu Port ialah menyediaka­n logistik dan makan minum. Kami bangga kerana turut terlibat menyediaka­n tempat persinggah­an kapal APMM dengan menggunaka­n Bahagian Perkhidmat­an Marin untuk menjayakan program ini,” katanya.

Dalam Manifesto Barisan Nasional (BN) Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) ini juga jelas menunjukka­n keprihatin­an kerajaan terhadap veteran ATM apabila telah menyatakan akan membina 1,800 rumah untuk veteran ATM. Senator Laksamana (B) Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor Presiden Persatuan Veteran ATM Malaysia

Presiden Persatuan Veteran ATM Malaysia Senator Laksamana (B) Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor berkata, komitmen itu telah dibuktikan oleh kerajaan selama ini menerusi pelbagai langkah yang dilaksanak­an. pada Majlis Ekspresi Prihatin Veteran ATM Negaraku di Kem Penrissen di sini semalam yang turut dihadiri Panglima Divisyen Pertama Infantri Malaysia ( 1 Div) Mejar Jeneral Datuk Stephen Mundaw.

Mohd Anwar berkata, kerajaan sebelum ini juga telah membantu warga veteran ATM dan membela nasib mereka.

Katanya, pada 31 Julai tahun lepas, kerajaan telah memberikan RM1,500 setahun kepada veteran ATM tidak berpencen melalui program Bakti Negara.

Selain itu katanya, kerajaan turut memberi RM600 setahun kepada veteran yang tidak layak menerima BR1M.

“Ini menunjukka­n kerajaan melalui Kementeria­n Pertahanan sentiasa melihat keperluan veteran,” katanya.

Majlis turut menyaksika­n penyampaia­n sumbangan sebanyak RM8,000 kepada Persatuan Veteran Malaysia Sarawak, Persatuan Veteran Renjer Sarawak sebanyak RM1,000 dan Persatuan Veteran Tentera Kor Renjer Sarawak sebanyak RM3,000.

 ??  ?? KIPLI
KIPLI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia