Utusan Borneo (Sarawak)

Mekanisme atasi masalah hak milik strata akan diteliti

Wan Junaidi akan berusaha mencari jalan untuk selesai masalah hak milik strata dihadapi penghuni flat di Tabuan Park

- Oleh Jessica Jawing

KUCHING: Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar akan meneliti mekanisme sesuai untuk menyelesai­kan masalah hak milik strata kepada penduduk khasnya di kediaman flat.

Sehubungan itu katanya, beliau akan mengadakan perbincang­an dengan kerajaan negeri serta agensi terlibat seperti Lembaga Pembanguna­n dan Lindungan Tanah (LCDA) dan pihak majlis tempatan bagi mencari penyelesai­an.

“Jika di Semenanjun­g Malaysia, saya boleh meminda undang- undang berkaitan berkenaan kerana ia di bawah kementeria­n kita.

“Sebaliknya di Sarawak, ordinan hak milik strata adalah berbeza iaitu membolehka­n geran diberi kepada setiap bilik.

“Saya mahu menyemak dahulu apa mekanisme yang ada di kerajaan negeri bagi menyelesai­kan perkara ini,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Lawatan ke Kampung Selipar Putus dan flat Tabuan Park di sini, semalam.

Wan Junaidi yang mengulas mengenai masalah hak milik strata dihadapi penghuni flat di Tabuan Park berkata, pihaknya akan berusaha menyelesai­kan perkara itu secara sepenuhnya, bukan sementara.

“Masalah flat ini bermula apabila ia dibina kontraktor yang tidak menepati spesifikas­i sehingga menyebabka­n pihak majlis tidak memberi Permit Menduduki (OP) serta hak milik.

“Bukan itu sahaja, bahkan kerja-kerja penyelengg­araan juga tidak dapat dilakukan dan dibiarkan begitu sahaja.

“Maka saya bukan sahaja membantu dari segi persediaan kewangan tetapi berunding dengan pihak majlis serta LCDA bagi membincang­kan masalah penghuni flat ini,” katanya.

Beliau turut mengambil perhatian terhadap masalah lain iaitu menaik taraf saluran kumbahan dan tangki septik di flat terbabit.

Berhubung lawatannya ke Kampung Selipar Putus, Wan Junaidi berkata ia berkaitan masalah saliran dan perparitan yang menyebabka­n banjir berlaku.

Katanya, akan mengambil tindakan sendiri terhadap projek terbabit memandangk­an pihak majlis tidak mengambil tindakan.

“Ini kerana kampung ini belum lagi mendapat pengiktira­fan Kampung Tradisi daripada kerajaan negeri maka masalah saliran dan perparitan tidak dapat dilakukan pihak majlis,” tegasnya.

Hadir sama Ketua Ranting Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Muara Tabuan Datuk Dr Paruwadi Musa.

Sebaliknya di Sarawak, ordinan hak milik strata adalah berbeza iaitu membolehka­n geran diberi kepada setiap bilik. Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar

 ??  ?? TINJAU: Wan Junaidi (tiga kiri) dan Paruwadi (dua kanan) bersama pemimpin masyarakat lain meninjau keadaan flat Tabuan Park semasa program lawatan, semalam.
TINJAU: Wan Junaidi (tiga kiri) dan Paruwadi (dua kanan) bersama pemimpin masyarakat lain meninjau keadaan flat Tabuan Park semasa program lawatan, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia