Utusan Borneo (Sarawak)

Warisan Melanau perlu dipelihara

Kekayaan khazanah warisan etnik Melanau datang dalam pelbagai bentuk, salah satunya sambutan Pesta Kaul: Fatimah

- Oleh Mohamad Achil Norrlatep

MUKAH: Warisan etnik Melanau perlu dipelihara dan dijaga agar dapat diperturun­kan kepada generasi masa depan.

Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Dato Sri Fatimah Abdulah berkata, tanpa disedari kekayaan warisan itu sebenarnya datang dalam pelbagai bentuk.

“Kekayaan warisan kita datang dalam pelbagai bentuk, salah satunya ialah sambutan Pesta Kaul ini,” ujarnya pada Majlis Perasmian Pesta Kaul Oya 2018 bertempat di Pantai Tugek, Kuala Oya semalam.

Terdahulu, Fatimah bersama rombongan menaiki perahu dari Pekan Sabtu Oya ke tapak pesta itu.

Menurut beliau, khazanah itu sedikit berubah setelah kedatangan agama Islam dan Kristian, namun ia tetap menjadi tradisi utama Melanau.

“Kita faham ada sedikit perubahan seperti ketiadaan penghantar­an ‘ Serahang,’ namun secara asasnya ia masih perayaan yang disambut bersama,” jelasnya.

Adat istiadat serta tradisi lain katanya, juga merangkumi perkara yang harus terus dipelihara serta dijaga untuk generasi masa depan.

“Tarian, alat muzik tradisiona­l ‘ begadeng’ dan se- umpamanya juga seni warisan yang perlu kita jaga,” tegasnya.

Sementara itu, beliau memberitah­u tapak kaul itu tidak harus dilupakan dan memerlukan penambahba­ikan serta pemulihan.

“Kita harap, pihak kerajaan akan menepati janji dengan membina benteng pemecah ombak serta tebingan di Pekan Sabtu Oya,” tambahnya.

Projek pemecah ombak itu katanya, sedang dalam peringkat kajian tanah dan diharap dapat dilaksanak­an dalam masa terdekat.

“Projek itu adalah salah satu daripada aspirasi penduduk di kawasan Oya dan Dalat,” katanya.

Majlis sama turut menyaksika­n hadiah disampaika­n kepada pemenang gerai serta peraduan masakan, penyerahan geran projek kecil luar bandar (MRP), geran tanggungja­wab sosial korporat pihak Petronas kepada persatuan serta penyerahan sijil pelantikan ketua kaum bagi Daerah Dalat.

Turut hadir Residen Mukah Awang Johan Awang Mustapha, Pegawai Daerah Dalat Kueh Lei Poh, Wali Kota Majlis Daerah Dalat-Mukah Kadir Jamil, Setiausaha Tetap Kementeria­n Dr Saadiah Abdul Samat, Pengurus Besar Petronas Wilayah Sarawak Ekni Raduan dan Pengarah Civil Service Delivery Unit Fabian Bigar.

Kita faham ada sedikit perubahan seperti ketiadaan penghantar­an ‘Serahang,’ namun secara asasnya ia masih perayaan yang disambut bersama. Dato Sri Fatimah Abdulah Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak

 ??  ??
 ??  ?? PENUH TRADISI: Fatimah (tiga kiri) ketika memegang alu di dalam lesung besar tanda simbolik perasmian Pesta Kaul Oya 2018, semalam.
PENUH TRADISI: Fatimah (tiga kiri) ketika memegang alu di dalam lesung besar tanda simbolik perasmian Pesta Kaul Oya 2018, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia