Utusan Borneo (Sarawak)

PERKASA BI PELAJAR SEBUYAU

Inisiatif NIE bersama The Borneo Post dan Pejabat Pendidikan Daerah Simunjan membuahkan hasil positif: Julaihi

- BERITA DI MUKA

SEBUYAU: Usaha memperkasa­kan penguasaan bahasa Inggeris (BI) dalam kalangan pelajar luar bandar khasnya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sebuyau sentiasa diberi perhatian.

Menteri Muda Jalan Pesisir Datuk Julaihi Narawi berkata, antara usaha yang dilakukan ialah penganjura­n program Seminar Akhbar Dalam Pendidikan NIE hasil kerjasama dengan The Borneo Post dan Pejabat Pendidikan Daerah Simunjan.

Malah,beliaumend­edahkan, penganjura­n NIE itu membuahkan hasil positif apabila keputusan Ujian Pencapian Sekolah Rendah (UPSR) tahun lalu bagi kawasan tersebut mencatatka­n kelulusan 100 peratus dalam BI.

“Selalunya mata pelajaran BI ini merupakan subjek yang

Namun, hasil penganjura­n NIE ini dengan kerjasama semua pihak dan kreativiti warga pendidik, keputusan BI dalam UPSR bagi kawasan ini bertambah baik iaitu 100 peratus lulus.

sukar kepada pelajar kita.

“Namun, hasil penganjura­n NIE ini dengan kerjasama semua pihak dan kreativiti warga pendidik, keputusan BI dalam UPSR bagi kawasan ini bertambah baik iaitu 100 peratus lulus,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Program NIE di Dewan Pembanguna­n Sebuyau di sini semalam.

Justeru, Julaihi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau meminta Pejabat Pendidikan Daerah Simunjan membantu menilai keberkesan­an program tersebut agar ia dapat diteruskan pada masa akan datang sejak dianjurkan tiga tahun lalu.

“Kalau ia memberi kesan yang baik kepada pelajar kita, saya akan meneruskan usaha ini untuk membantu meningkatk­an penguasaan BI dalam kalangan pelajar di DUN Sebuyau ini,” ujarnya.

Mengenai NIE, Julaihi berkata, ia adalah satu inisiatif memperkasa­kan penguasaan BI dalam kalangan pelajar dengan kaedah pembelajar­an melalui akhbar The Borneo Post yang dibekalkan kepada 19 sekolah rendah dan sebuah sekolah menengah di Sebuyau.

Jelasnya, penggunaan akhbar itu bukan sahaja membantu pelajar menguasai BI, malah mendapat maklumat dan berita semasa yang berguna.

Sehubungan itu, beliau berharap warga pendidik dan pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sentiasa bekerjasam­a dalam meningkatk­an pencapaian anak-anak di sekolah.

Hadir sama wakil Majlis Guru Besar Zon Sebangan dan Zon Sebuyau Kasturi Pandu dan Mazda Paiman, Pengarang Urusan Kanan The Borneo Post dan Utusan Borneo Francis Chan, Pengurus See Hua Marketing Kawasan Kuching Wong Sing Seng dan tetamu kehormat lain.

Datuk Julaihi Narawi Menteri Muda Jalan Pesisir

 ??  ??
 ??  ?? SERAH: Julaihi menerima dokumen laporan Seminar Akhbar Dalam Pendidikan sambil ditemani Wong (kiri), Kasturi (dua kiri) dan Mazda (kiri) dan tetamu kehormat lain.
SERAH: Julaihi menerima dokumen laporan Seminar Akhbar Dalam Pendidikan sambil ditemani Wong (kiri), Kasturi (dua kiri) dan Mazda (kiri) dan tetamu kehormat lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia