Serba kekurangan, Shakhtar tetap bersemangat hadapi Roma hari ini
KIEV, Ukraine: Shakhtar Donetsk membuat persediaan perlawanan Liga Juara-Juara menentang kelab dari Itali, AS Roma hari ini dengan semangat yang tinggi walaupun kurang pembelian baharu dan juga kekurangan sesi latihan.
Perang di timur Ukraine di antara tentera kerajaan dan pemisah yang disokong Rusia telah memaksa pemain Shakhtar bermain perlawanan di gelanggang sendiri mereka di Stadium Donbass Arena, yang sangat jauh dari gelanggang asal, sejak empat tahun yang lalu.
Pada 2014, kelab berpindah ke Lviv, hampir ke sempadan barat Ukraine dengan Poland tetapi penonton tempatan – yang lebih menyokong kelab mereka sendiri, Karpaty – kerap secara terbuka tidak menyokong Donetsk atau tidak hadir menonton perlawanan.
Tahun lepas, pemilik Shaktar membuat keputusan mengubah gelanggang ‘sendiri’ mereka ke bandar raya di timur, Kharkiv, 250 kilometer dari kota Donetsk.
Shakhtar, satu-satu kelab dari timur Eropah yang bersaing di pusingan kedua Liga Juara-Juara, akan me- nanti Roma di Stadium Metalist Kharkiv yang boleh memuatkan 40,000 penonton.
Konflik di Ukraine menyebabkan pemilik Shakhtar, Rinat Akhmetov, hilang kawalan ke atas berpuluh-puluh lombong arang batu dan perniagaan besi yang terletak di kawasan yang ditakluki pemisah.
Ia jelas memberi kesan kepada kewangan beliau dan juga menjejaskan peluang mendapatkan pemain baharu dan memaksa kelab untuk memberikan fokus kepada mengekalkan pemain asing sedia ada dan meningkatkan perkembangan pemain tempatan.
Jurulatih Shakhtar, Paulo Fonseca, yang menggantikan Mircea Lucescu pada 2016, berkata beliau gembira untuk mengelak “kelab besar seperti Barcelona dan PSG” di pusingan kedua.
Fonseca bagaimanapun memberi amaran di mana Roma bukan lawan yang mudah.
“Kami menyedari lawan kami sangat kuat,” kata beliau. “Mereka adalah pasukan yang sempurna yang mampu berdepan pelbagai cabaran.”
Satu-satu pembelian Shakhtar pada pasaran perpindahan pemain bulan Januari ialah pemain pertahanan kanan, Dodo, 19, yang membantu mengisi tempat bekas kapten, Darijo Srna, yang digantung tahun lepas kerana gagal ujian dadah.
Shakhtar memenangi kejuaraan liga Ukraine tahun lepas setelah dua tahun dan sudah menang 14 kali musim ini untuk mendahului kedudukan liga dengan kelebihan tiga mata dari Dynamo Kiev.
Shakhtar tidak banyak berlatih kerana rehat selama dua bulan kerana cuaca sejuk tetapi membuat persediaan untuk perlawanan Liga JuaraJuara dengan membelasah Chornomorets Odesa 5-0 pada perlawanan hari Jumaat selepas liga disambung semula.
Walaupun dengan beberapa masalah, Shakhtar mencipta beberapa keputusan di luar jangkaan ketika melangkah ke pusingan kedua kejohanan.
Mereka muncul naib juara Kumpulan F di belakang Manchester City dan juga pernah menewaskan City 2-1 di tempat sendiri, sekali gus menamatkan rekod 28 perlawanan tanpa kalah City ketika itu. — AFP